Laman Utama

Netizen Suruh Bayar Keseluruhan Kompaun RM19,000, Nurin Afiqah; "Saya Bukan La Sengaja Untuk Jatuhkan Sesiapa"

Zulaikha Yusof
23/06/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
Netizen Suruh Bayar Keseluruhan Kompaun RM19,000, Nurin Afiqah; "Saya Bukan La Sengaja Untuk Jatuhkan Sesiapa"
Personaliti media sosial dan pelakon baharu Nurin Afiqah menyatakan dia tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau sengaja melanggar tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang pandemik Covid-19.
BACA: Nurin Afiqah Mengaku Dikompaun RM1500, Nafi Gunakan Anak Yatim Untuk Promosi Produk
Nurin tampil memberi penjelasan selepas ada segelintir netizen yang menyuruh dirinya menanggung kesalahan dengan membayar keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000.
"Saya memang aware pasal kompaun dan terima hukuman ini. Sebab memang salah saya tak jaga SOP.
"Saya bukan la sengaja untuk jatuhkan sesiapa. Isu pakai pelitup muka (mask) dan penjarakan sosial memang di luar kawalan saya," katanya secara ringkas.
Tambah pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli, kemelut yang membabitkan dirinya dengan penyanyi Caprice akan diselesaikan secara privasi antara mereka.
"Kemelut antara saya dengan Caprice itu semua akan diselesaikan secara privasi saja," kata Nurin kepada Gempak.
Ketika ditanya sama ada hubungan bersama selebriti lain terjejas, Nurin berkata semuanya dalam keadaan baik.
"Alhamdullilah hubungan dengan selebriti lain semua okey dan baik-baik sahaja," katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah mengakui sudah selesai membayar kompaun ke atas dirinya sebanyak RM1,500.
Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah menyatakan seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lepas.
BACA: 7 Selebriti Langgar SOP PKPB Majlis Berbuka Puasa Kena Kompaun RM19,000!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024