Laman Utama

Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen - “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”

Izwan Isa
18/07/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen - “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”
Selepas diselar oleh banyak pihak selepas mengadakan ceramah motivasi di sebuah sekolah tempoh hari, nama Ikon Permotoran, Haqiem Stopa sekali lagi rancak meniti di bibir netizen apabila dia didakwa bersalah memandu kereta tanpa lesen.
Menerusi sebuah salinan laporan saman yang viral di media sosial, individu bernama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada itu, menerusi laporan media tempatan pula, difahamkan pempengaruh berkenaan ditahan ketika sedang memandu sebuah kenderaan jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim pula mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.
Dalam pada itu, menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai dilihat bertepuk tangan dengan kes penangkapan pempengaruh berkenaan.
“Kalau dah pegang gelaran ikon tu sebaiknya tunjuk perkara yang baik. Kalau tak ada lesen tetapi memandu atau menunggang kan dah salah di sisi undang-undang. Tang mana nak tunjuk contoh yang baik? Tak kisahlah dia ikon motor ke ikon kereta or lori sekalipun.”
“Minta sekolah memandu pulak jemput dia untuk bag ceramah.”
“Ni dia idola budak-budak bod*h.”
“Kah kah lesen pun takda lagi nak panggil masuk sekolah.”
Terdahulu, Haqiem pernah meluahkan perasaan kecewa apabila dia disindir selepas memberikan ‘ceramah motivasi’ di sebuah sekolah di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Haqiem, dia telah dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran sepertinya sewaktu di sekolah dahulu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024