Gaya Hidup

Nervousnya! Barang Kemas RM20 Juta Ditayang Sempena Fashion Show Raya Jovian Mandagie

Amri Hassan
17/04/2019
03:43 MYT
Sponsor Banner
Nervousnya! Barang Kemas RM20 Juta Ditayang Sempena Fashion Show Raya Jovian Mandagie
Syarikat pengeluar barang kemas terkenal Habib Jewels memperagakan lebih 60 jenis barang kemas bernilai lebih RM20 juta pada pertunjukan fesyen Jovian Mandagie baru-baru ini.
Kata Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn. Bhd., Datuk Meer Sadik, pihaknya teruja untuk pertama kali berkolaborasi dengan Jovian sempena koleksi Aidilfitri tahun ini.
"Ini kali pertama kami berkolaborasi dengan Jovian dan disebabkan profil dan citarasanya, kami rasakan ini antara kerjasama terbaik.
"Pelanggan kami selalunya akan bertanya cara untuk menyuaipadankan barangan kemas dan busana terutama untuk raya, jadi kombinasi yang diperagakan kali ini memang tepat dan menarik.
"Untuk pertunjukan fesyen kali ini, sebanyak 60 jenis barangan kemas diperagakan bernilai lebih RM20 juta. Nilai itu bersesuaian dengan jumlah rekaan pakaian yang Jovian persembahkan kali ini.
"Manakala, untuk pertunjukan fesyen couture, nilainya lebih besar," katanya kepada Gempak.
Habib Jewels memperagakan koleksi terbaharu Swan Lake sempena festival berlian kali ini termasuk butang baju Melayu buat golongan jejaka yang inginkan eksklusiviti.
Sementara itu, pemilik jenama Jovian Mandagie, teruja dengan kolaborasi bersama Habib Jewels dan pada masa sama gementar untuk 'menjaga' barangan kemas terbabit.
"Memang cuak juga tetapi saya percaya Habib Jewels mempunyai pasukan keselamatan yang terbaik bagi mengelakkan kes yang tidak diingini berlaku," tambah Jovian.
Pada pertunjukan fesyen JM Annual di JW Marriot baru-baru ini, Jovian memperagakan dua koleksi raya iaitu Jovian Luxe dan Balik Kampung yang terdiri daripada 49 rekaan.
Jovian Luxe J'Adore mengambil inspirasi daripada rekaan Perancis era 1950-an manakala Balik Kampung mengangkat tema tradisional dalam sentuhan kontemporari.
\
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024