“Nanti Juara GV8 Buat Kenduri”- Susah Senang Bersama, Peminat Tak Henti Support Adibah Noor! Doa Supaya...
Mengalami penurunan markah dari minggu ke minggu sedikit pun tidak mematahkan semangat peminat Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor.
Buktinya, di platform media sosial seperti Twitter, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai komen positif yang memberikannya kata-kata semangat.
Kebanyakan netizen bertanggapan masih ada ruang dan masa untuk Adibah memperbaiki mutu nyanyian, sekali gus membuat ‘comeback’ dengan persembahan memukau.
Malah, ramai yang memasang harapan untuk melihat penyanyi bersuara lantang itu menjadi juara GV8.
“Jadi juara nanti buat kenduri. Perform well tau, yang penting Kak Dib (Adibah Noor) enjoy okay”.
“Cari balik kekuatan anda dan tunjukkan, awak boleh”.
“Jangan putus asa, meskipun tak aim menang, just aim untuk hiburkan kami dan have fun konsert last GV,” tulis beberapa netizen.
Don’t give up just yet kak Dib. Even if you’re not aiming for the win, just aim to entertain us & have fun one last time on the GV stage. You can do this!What I’m sad about is that next week onwards there’ll be nothing more to look forward to every Sunday evening ?. We LOVE u!— Ezann Ahmad (@ezannahmad) January 18, 2022
Untuk makluman, pada konsert kesembilan Ahad lalu, Adibah Noor berada di kedudukan kelima dengan markah 65.2%.
Jika diimbas kembali pada persembahan sebelum ini, Adibah pernah beberapa kali berada di kedudukan tiga teratas.
Pencapaian paling membanggakan adalah ketika minggu keempat yang mana penyanyi berkenaan meraih tempat pertama dengan markah 78.1% selepas membawa lagu Jika (Melly Goeslow) dalam genre keroncong.
Sekadar info, dua bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Bintang GV8 tersebut, Shidee dan Ani Maiyuni terpaksa akur apabila gagal memuaskan hati juri.