Laman Utama

"Nampak Rumah Berapi Setiap Malam" - Sarang Ritual Terbongkar, Lelaki Umur 23 Tahun Bikin Bisnes Sihir Pemisah

Amri Hassan
27/06/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
"Nampak Rumah Berapi Setiap Malam" - Sarang Ritual Terbongkar, Lelaki Umur 23 Tahun Bikin Bisnes Sihir Pemisah
Dunia semakin tenat! Terbaharu, kisah yang dikongsikan pengguna di Twitter mengenai sebuah rumah yang dijadikan sarang pemujaan terbongkar apabila mendapat aduan jiran.
Ramai tidak menyangka pada mulanya rumah yang dikatakan berapi pada setiap malam itu sebenarnya tempat seorang pemuda berusia 23 tahun menjalankan kegiatan bisnes sihir.
Pihak berkuasa yang menyerbu kediaman yang dihuni oleh pemuda berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu menemui pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan syirik itu.
"Jiran blok depan report polis dan bomba sebab nampak rumah dia berapi setiap malam. Sekali ambik kau, terungkai semua cerita.
"Baru umur 23 tahun dah jadi tukang sihir. Siap hantar guna pos laju. Entah berapa ramailah pasangan yang dah kena sihir dengan si babi ni," ciap seorang pengguna @_AmranFans.
Selain darah yang ditemui meleleh di merata tempat dalam rumah itu, pihak berkuasa turut menemui gambar-gambar beberapa pasangan yang dipercayai telah menjadi mangsa lelaki berkenaan.
Ramai yang menzahirkan rasa sedih dan pada masa sama bimbang atas perkara yang terjadi.
Malah, ada juga dalam kalangan pengguna yang berkongsi kesan buruk ilmu hitam dan dosa menyekutukan Allah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024