Laman Utama

#NakCakapSikit: Sekarang Ni Ramai Tengah Sensitif, Jangan Upload Gambar Yang Boleh ‘Trigger Stress Level’ Gais!

Fiza Kamarudin
31/03/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Sekarang Ni Ramai Tengah Sensitif, Jangan Upload Gambar Yang Boleh ‘Trigger Stress Level’ Gais!
Sejak dua menjak ni #NakCakapSikit perhatikan ramai betul yang bitter apabila individu popular muat naik foto mereka ‘merentas’ negeri di media sosial.
Tapi…#NakCakapSikit tak salahkan diaorang sebab kita kat sini pun bitter juga! Iyalah dalam keadaan sekarang sudah tentu ramai yang tertekan, lagi-lagi apabila melibatkan ‘benda-benda’ rentas negeri ni.
Semua orang pun akan sensitif dan melenting bila foto-foto riang-ria mula bertebaran. yang di sini...patuh menjaga SOP sampai terpaksa 'lupakan' hasrat bertemu wajah-wajah kesayangan.
Yang mana dah lama tak pulang ke desa, nak jumpa parents, anak dan cucu…Sampai terpaksa menipu pihak berkuasa pun ada tau…Mau tak makan hati!
Lebih malang lagi apabila ada yang berkongsi pengalaman permohonan merentas negeri ditolak walaupun alasan hendak melawat ibu saudara meninggal. Tak kukuh alasan tersebut kerana yang meninggal ibu saudara, bukannya ibu kandung!
Okay, kenapa ramai yang dah mula anggap atau menuduh pihak berkuasa double standard? Kerana ada sesetengah individu tidak sensitif dengan keadaan semasa.
Contohnya…rakan-rakan selebriti ‘merentas negeri’ untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang rakan yang kehilangan bapa…Bukan #NakCakapSikit buat-buat cerita, tetapi ini memang berlaku.
Ya, betul kerana persahabatan itu mahal..Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat sekeliling? Apa perasaan mereka?
Begitu juga dengan dengan influencer atau selebriti yang melakukan perkara sama. Merentas negeri atas tujuan kerja itu betul tetapi rasanya sambil menyelam minum air itu yang tak betul!
Ada juga yang tanpa rasa segan silu mengaku majlis anjuran dia tak ikut SOP! MasyaAllah...Tak ada rasa bersalah ke? Sekelumit pun tak ada?
Jangan marah #NakCakapSikit pula, tetapi beringatlah…Jangan undang kecaman dan tanda tanya orang lain. Sepatutnya jagalah keharmonian dan perasaan sesama kita ni.
Secara tak langsung kita juga membantu pihak berkuasa dengan meringankan tugas mereka…Tak adalah kejap-kejap nak buka kertas siasatan hanya kerana sikap penting diri sesetengah pihak.
Haaa..lagi satu, #NakCakapSikit ni…Pandai makan pandailah simpan. Kalau orang beri amanah jagalah baik-baik bukan disebabkan rasa teruja, akhirnya makan diri sendiri.
Hujung-hujung kecoh satu negara dek kerana sikap nak menunjuk-nunjuk kononnya berada disisi selebriti popular dan kaulah PUNCA!
Paling tak boleh blah, bangga pula menegakkan benang yang basah, walhal kau yang cetus kekeliruan apabila muat naik foto dengan menulis kapsyen-kapsyen mengundang!
Tak bestlah macam tu, sebab orang lain pula jadi mangsa kecam dan fitnah.
Pssstt…Ni, #NakCakapSikit next time hati-hati lah berkongsi content di sosial media ya…Chill je tak payah acah-acah nak jadi nombor satu!
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024