Laman Utama

Nak Jumpa Isteri Tapi Ada 7 Syarat Bak Puteri Gunung Ledang? Suami Nynaa Harizal Tak Nafi Masalah Kewangan Juga Punca Kemelut Rumah Tangga!

Hanafis Haris
19/11/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
Nak Jumpa Isteri Tapi Ada 7 Syarat Bak Puteri Gunung Ledang? Suami Nynaa Harizal Tak Nafi Masalah Kewangan Juga Punca Kemelut Rumah Tangga!

Tujuh syarat bagaikan ‘Puteri Gunung Ledang’, mungkin itu yang terpaksa ditempuh oleh suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas untuk berjumpa dengan isterinya.

Menjelaskan isu berkaitan kemelut rumah tangganya, Fahmi memberi tahu syarat berkenaan diminta ketika isterinya membuat panggilan kira-kira 12 November lalu.

Menurutnya, menerusi panggilan itu, dia pada awalnya gembira kerana akhirnya dapat berbual bersama isteri tercinta.

“Namun, 30 saat je saya gembira. Lepas tu saya dah tak sedap hati sebab syarat-syarat dia sangat pelik.

“Ada tujuh syarat dan antaranya hanya boleh jumpa di pejabat peguamnya, perlulah datang seorang diri dan tak boleh rekod apa-apa.

“Selain itu, saya juga tidak dibenarkan membawa pemandu, pengawal peribadi, keluarga dan juga media,” katanya.

Jelasnya, dia agak terkejut dengan segala syarat tersebut kerana niat utamanya hanyalah untuk berjumpa dengan Nynaa.

“Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat? Dia kata dia tak dibenarkan keluar daripada Johor.

“Siapa yang tak benarkan dia? Itu yang menjadi persoalan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi juga tidak menafikan isu kewangan berkemungkinan antara faktor utama berlakunya kemelut tersebut.

“Before kahwin memang family dia ok je, baik rapat. Cumanya selepas tunang keluarga dia especially mak dia jadi lain sikit dengan saya, dari segi layanan.

“Malah sehingga pertengahan Oktober, adalah masalah sikit berlaku. Kewangan juga antara faktor.

“Tapi saya tak boleh jelaskan perincian tersebut,” katanya yang merupakan Ketua Pengawai Eksekutif AMFI Group.

Sekadar info, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Kemelut rumah tangga dilihat mula menjadi perhatian pada 3 November lalu apabila Fahmi mendakwa isterinya 'dilarikan' oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelak minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakwaan dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cerai.

Selang seminggu iaitu pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu semalam memfailkan permohonan cerai kepada suaminya.

Nynaa hadir ke Mahmakah Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri sebutan permohonan perceraian yang dilakukannya melalai peguam syarie pada 10 November lalu.

Permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

BACA: Suami Dakwa Keluarga Mentua 'Culik' Nynaa Harizal Di Set Penggambaran, Bodyguard Diugut Dengan Senjata Api!
BACA : “Dakwaan Ibu & Bapa ‘Menculik’ Saya, Tidak Tepat!"– Nynaa Harizal Harap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Cara Baik
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024