Gaya Hidup

"Nak Jadi Ratu Cantik Perlulah ..." - Idolakan Erra Fazira, Nur Sajat Labur Ratus Ribu Taja Miss Grand Malaysia

Amri Hassan
17/04/2019
01:23 MYT
Sponsor Banner
"Nak Jadi Ratu Cantik Perlulah ..." - Idolakan Erra Fazira, Nur Sajat Labur Ratus Ribu Taja Miss Grand Malaysia
Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat, akui rasa tercabar dengan kemajuan negara jiran Indonesia, Thailand dan Filipina dalam penyertaan ratu cantik saban tahun.
Jelasnya, Malaysia harus melangkah setapak ke hadapan untuk menghantar wakil tempatan yang lebih berkualiti bertanding ke peringkat antarabangsa misalnya Miss Grand Malaysia dan Miss Universe.
"Saya sebenarnya suka aliran ratu cantik sejak zaman Erra Fazira lagi. Bagi saya wanita di Malaysia memang cantik, unik dan bijak cuma organisasi ratu cantik itu sendiri yang tiada hala tuju.
"Jadi saya mengambil inisiatif untuk menaja Miss Grand Malaysia 2019 sebagai langkah pertama saya dalam bidang ratu cantik.
"Secara tidak langsung saya cuba untuk mengangkat semula martabat wanita tempatan. Saya terpanggil apabila melihat negara jiran kita mampu menghantar wakil ratu cantik yang sangat berkualiti tahun demi tahun," katanya kepada Gempak.
Sajat ditemui pada media party Miss Grand Malaysia 2019 di Saro Lounge, Kuala Lumpur malam tadi mendedahkan pihaknya mengeluarkan sejumlah wang untuk memberikan tajaan kepada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.
"Nilai kos tajaan itu biarlah saya sahaja yang tahu tapi secara kasarnya mencecah ratusan ribu.
"Tajaan itu bukan hanya ketika pertandingan itu berlangsung semata-mata tetapi juga grooming selepas tamatnya pertandingan Miss Grand Malaysia.
"Sebenarnya apabila adanya tajaan yang bagus, Malaysia tak perlu lagi menghantar ratu cantik yang kejung!" tambahnya.
Bagi Sajat, seseorang ratu cantik perlulah memiliki kriteria terbabit untuk dijulang dan kekal relevan sepanjang zaman.
"Ratu cantik perlu ada good heart, berfikiran terbuka dan sanggup mendengar serta menjawab soalan dengan baik," ujar Sajat lagi.
Miss Grand Malaysia 2019 akan berlangsung di Miri, Sarawak, pada 28 April 2019.
Foto: @blackpepperphotography
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024