Berita

"Nak Bunga Ke Nak Saya Bayarkan Kereta?" - Dilabel Tak Romantik, Suami Beri Ain Edruce Pilihan

ZULHILMI JALIL
27/08/2020
23:41 MYT
Sponsor Banner
"Nak Bunga Ke Nak Saya Bayarkan Kereta?" - Dilabel Tak Romantik, Suami Beri Ain Edruce Pilihan
Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah seorang lelaki yang romantik terhadap pasangan.
Begitupun, menurut Ain, walaupun dirinya tidak mendapat layanan romantis seperti pasangan lain sejak bercinta, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang lebih mengutamakan tanggungjawab.
"Bila orang lain dapat bunga, pernah tanya dia,'sayang, awak tak pernah beri bunga kepada saya'.
"Lepas tu dia suruh pilih katanya 'awak nak bunga ke nak saya bayar kereta awak?'. Sudah pasti saya pilih untuk dia bayarkan kereta. Bunga berapa sen je pun. Amirul sejenis yang begitu, dia akan selesaikan tanggungjawab dia dulu," katanya kepada Astro Gempak.
Disebabkan pengorbanan besar suaminya itu juga dalam menjalankan tanggungjawab membuatkan Ain tidak kisah sekiranya tiada momen romantis diterimanya.
"Lepas dia tawarkan diri nak bayar kereta, rasa lega. Sejuk hati.
"Jadi, bila saya fikir balik, suami saya tak romantik, tapi komitmen yang dia korbankan untuk saya, buatkan saya tiada apa nak complain pasal dia," katanya.
Bahkan, katanya lagi, suaminya itu juga bukanlah lelaki yang sentiasa mahukan 'update' seperti yang lazim dilakukan pasangan lain.
"Dia tak pernah kacau saya kerja. Sebab katanya, nanti balik rumah barulah cerita apa kami buat seharian.
"Kalau semua dah cerita di telefon, balik rumah tak ada apa nak borak," katanya yang berkongsi ragam suaminya.
Sebelum ini, Ain juga pernah mendedahkan bahawa sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya lebih banyak memasak berbanding dirinya.
BACA: "Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak" - Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024