Viral

"Nak Bangun Tu Menangis Juga La" - Hani Fadzil Kongsi Pengalaman Pembedahan Buang Ovarian Cyst

Amri Hassan
08/08/2018
08:06 MYT
Sponsor Banner
"Nak Bangun Tu Menangis Juga La" - Hani Fadzil Kongsi Pengalaman Pembedahan Buang Ovarian Cyst
Penyampai radio Era, Hani Fadzil telah selamat menjalani pembedahan membuang ovarian cyst pada minggu lalu.
Baca: Ovarian Cyst Sebesar Bola Tenis, Hani Fadzil Jalani Pembedahan
Sedang melalui proses rawatan susulan, Hani berkongsi pengalamannya sepanjang melalui prosedur pembedahan itu.
"Alhamdulillah, sudah seminggu saya selamat menjalani pembedahan membuang ovarian cyst sebesar 7 sentimeter pada ovari kiri saya dan ramai yang bertanyakan pengalaman saya sepanjang proses itu.
"Ovari saya tidak dibuang sama skali. Masih ada lagi dan cyst itu bukan bersifat kanser.
"Pada mulanya saya rasa kurang selesa sejak beberapa bulan lalu dan beranggapan ia sekadar kesakitan ketika datang haid.
"Tetapi saya membuat pemeriksaan apabila kitaran haid tidak normal.
"Ramai tanya juga sakit tak surgery? Masa bangun tu nangis gak la sebab sakit tetapi the next day tu I tak perlu makan pain killer dah.
"Bagi saya period pain lagi sakit. But again, lain orang lain cara," tulisnya di Instagram.
Alhamdulillah , it has been a week since I had the surgery to remove the 7cm Ovarian Cyst from my left Ovary. SWIPE LEFT TO SEE THE VIDEO(better with sound) & my Ultrasound Scan (I dah circle mana cyst nya) - Ramai tanya about my experience & etc. So let me share it with you ✨? Before I continue let me highlight that I AM NOT PREGNANT. NOT PREGNANT. TIDAK MENGANDUNG. TIDAK HAMIL. (Sebab ramai suka tanya soalan/say something sebelum membaca) - I did not get rid of ANY of my ovaries. Ovary saya tidak dibuang sama skali. Masih ada lagi. (Because ada yg dm saya cakap “kesian kak hani kena buang ovari.” - Alhamdulillah the cyst was not cancerous . (Ada juga yg DM tanya Mcm mana perasaan dapat cancer..sorry takle nak jawab Sbb taktau mana Korang Boleh assume mcm tu) - the surgery will not effect my fertility. Maknanya in sha Allah I can have babies once I have recovered dgn izin Allah. Tapi tolong ah Jangan jadi makcik bawang & tanya banyak kali Bila nak ada baby. Tak sensitif langsung. Ok anyways.. - I have felt discomfort for the past few months & brushing it off thinking it was just normal period cramps. - I just checked because my period became irregular (tak on time) - lain orang lain symptoms. But ovarian cyst sgt common among ladies, tak kira masih sekolah ke, belum kawin ke, dah Kawin ke.. just check okay??? - ramai tanya juga sakit tak surgery.. masa bangun tu nangis gak la Sbb sakit Tapi the next day tu I takyah makan pain killer dah. Coz to me period pain lagi sakit. But again, lain org lain cara. - sebelum operation takde pantang makan - after operation doctor will say takde pantang. Tapi better dgr ikut cakap mak kita & pantang supaya luka dlm dan luar cepat sembuh. - cyst besar lebih 5cm sebaiknya pergi operate Sbb nak elak daripada pecah. - cyst lebih kecil Boleh makan ubat & kluar sendiri mcm period (sorry if you find this macam TMI) - punca dia ? Korang Boleh google la ye. But all I know is mostly Sbb hormones and etc. - I was lucky Sbb tergerak hati nak check walaupun tak sakit. Because the doctor cakap my cyst dah ready nak pecah anytime and dah start bleeding. So ladies, better check if anything ok? Don’t wait! ❤️
A post shared by Hani Fadzil ERA (@hahanybunch) on
Hani menjelaskan dia tidak berpantang makan sebelum menjalani pembedahan terbabit namun sentiasa mengikut nasihat doktor dari semasa ke semasa.
Malah, Hani turut menyarankan golongan wanita agar sentiasa membuat pemeriksaan berkala bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.
"Lain orang lain simptom. Tetapi ovarian cyst sangat biasa dalam kalangan wanita, tak kira masih sekolah, belum kawin dan selepas berkahwin. Just check okay?" katanya.
Hani turut menegaskan prosedur pembedahan itu tidak menjejaskan kesuburan dan peluangnya untuk menimang cahaya mata.
"Maknanya insya-Allah I can have babies once I have recovered dengan izin Allah," tambah Hani lagi.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @hahanybunch
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024