Hiburan

"Naik Bas Turun Bas, Naik KTM, Teksi" - Betapa Sukarnya Feeya Iskandar Nak Jadi Penyampai Radio Dulu

Amri Hassan
27/01/2019
06:34 MYT
Sponsor Banner
"Naik Bas Turun Bas, Naik KTM, Teksi" - Betapa Sukarnya Feeya Iskandar Nak Jadi Penyampai Radio Dulu
Penyampai radio Feeya Iskandar berkongsi pengalamannya ketika mula-mula bergelar penyampai radio sekitar sembilan tahun lalu.
Cerita Feeya, ketika itu dia masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan terpaksa bersusah payah demi mengejar cita-citanya.
"Status 9 tahun yang lepas. Semua orang ada impian, bukan senang nak gapai apa yang ada sekarang ni...
"Itu belum cerita pasal macam mana susahnya dulu nak pergi kerja masa tengah belajar dari UiTM Puncak Perdana ke Astro 7 perhentian oi.
"Naik bas turun bas, naik pulak KTM, teksi haha. Tapi Alhamdulillah untuk sekarang," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Pengalaman itu turut dikongsikan bersama beberapa penyampai radio lain seperti Reza Mohamad, Adi Fashla, Nana Mahazan dan Ray.
Malah, ada yang terinspirasi dan memuji usaha serta kerja keras Feeya tanpa penat hingga mampu berada pada tahap sekarang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024