Laman Utama

Naib Juara Kilauan Emas 4, Ringgo Arrow Kemalangan Dengan Dua Anaknya

Mya Amri
03/10/2020
02:08 MYT
Sponsor Banner
Naib Juara Kilauan Emas 4, Ringgo Arrow Kemalangan Dengan Dua Anaknya
Vokalis kumpulan Arrow, Ringgo dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Putih, Kelantan pada Jumaat (3 Oktober 2020).
Tragedi itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook milik Khairul Amizi Husin.
Difahamkan Ringgo kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi kediamannya dan kereta jensi Toyota X-Gear yang dimenangi sewaktu menyertai program reality Kilauan Emas musim keempat itu remuk di bahagian hadapan.
“Penyanyi Ringgo Arrow kemalangan di Pasir Putih. Beliau dalam perjalanan balik selepas mengunjungi saya di rumah.
“Kereta terlibat yang dimenangi Konsert Kilauan Emas 4 dahulu. Beliau bersama dua orang anak lelakinya.
“Anaknya Syahid mengalami luka ringan, mohonkan yang terbaik buat beliau,” tulisnya.
Bagaimanapun menurut laporan mStar, Ringgo dan anak-anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ringgo juga enggan berkongsi mengenai kemalangan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Terdahulu, Ringgo atau nama sebenarnya Md. Zain Ramli terkenal bersama kumpulan Arrow sekitar awal 1990-an.
Antara lagu popular Arrow adalah Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Aku Tak Marah.
Ringgo kemudiannya menyertai Kilauan Emas 4 dan mahu dikenali sebagai Zain kerana tidak mahu dibayangi Arrow.
Kilauan Emas 4 juga menyaksikan Ringgo dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X-Gear, trofi dan pakej pelancongan.
Sumber: Facebook Khairul Amizi Husin / mStar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024