Berita

Nafi Lesbian, Reen Rahim Sedang Jalin Hubungan Cinta Dengan Mr AR

Rozaimi Zubaidi
16/07/2018
02:24 MYT
Sponsor Banner
Nafi Lesbian, Reen Rahim Sedang Jalin Hubungan Cinta Dengan Mr AR
Pelakon Reen Rahim mengakui sedang menjalinkan hubungan bersama seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr AR.
Menurut Reen, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun yang lalu dan sudah bertemu dengan kedua-dua belah keluarga.
"Sebelum ini ramai yang mengatakan saya 'lesbian' kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun bercinta dengan sesama jenis.
"Disini saya mahu jelaskan bahawa dakwaan itu tidak betul dan saya sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang individu bernama Mr AR.
"Kami masih dalam proses mengenali satu sama lain dan telah berjumpa dengan keluarga masing-masing.
"Buat masa sekarang kami masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan usia pengenalan kami baru setahun," katanya kepada Gempak.
Reen berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.
Teks: Rozaimi Zubaidi Foto: Instagram Reen
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024