Laman Utama

Nabil Terkejut Isteri Curi-Curi 'Merempit' Buat COD – "Saya Tak Buli Dia, Tapi Dia Yang..."

Fiza Kamarudin
27/11/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
Nabil Terkejut Isteri Curi-Curi 'Merempit' Buat COD – "Saya Tak Buli Dia, Tapi Dia Yang..."
Pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad terkejut apabila mendapat tahu isterinya Nazirah Ayub membuat penghantaran sendiri menggunakan motosikal.
Nabil berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas melihat Nazirah atau lebih mesra dipanggil Zira, pulang dengan menunggang motosikal ketika sedang berehat di depan rumah.
“Saya tak tahu dia pergi buat penghantaran barang kepada pelanggan naik. Video tersebut pun dirakam oleh Mikayla.
“Bila saya tanya, dia kata dia pergi buat COD. Jangan kata saya buli isteri pula, saya sendiri pun terkejut,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Nabil lagi, dia terharu apabila Zira sanggup membantunya sehingga ke tahap itu.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana sebab macam-macam perasaan ada. Terharu, sedih dan memang tak sangka.
“Bila saya tanya, dia kata tak mengapa kerana dia hanya mahu membantu sebab nak tambah pendapatan keluarga.
“Saya benarkan dia buat COD tapi kalau boleh tak mahu lah dia kerap sangat menunggang motosikal kerana bimbang akan keselamatannya.
“Tapi itulah isteri saya, mana boleh duduk diam. Kalau saya ada ‘Dorylicious’, dia pula tak nak kalah! Dia keluar dengan produk makanan ringan sendiri iaitu ‘Babynuts’.
“Dalam video yang saya kongsi di Instagram (IG) tu, dia baru lepas buat COD ‘Babynuts’ la tu,” katanya ketawa.
Dalam pada itu, Nabil sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong perniagaannya dan isteri.
“Terima kasih semua kerana selalu memberikan sokongan dalam apa jua yang kami lakukan,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024