Laman Utama

Mokhzani Jawab Dakwaan Lagu Mimpi Haqiem Rusli Tak Lepas Top 5 AIM23

Amri Hassan
03/09/2022
21:51 MYT
Sponsor Banner
Mokhzani Jawab Dakwaan Lagu Mimpi Haqiem Rusli Tak Lepas Top 5 AIM23
Ketua juri Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Datuk Mokhzani Ismail, tampil memberi jawapan punca kegagalan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli berada dalam senarai calon akhir anugerah berprestij itu.
Jelas Mokhzani, naskhah atau lagu yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak sama dalam penjurian AIM kerana kriteria AIM lebih mendalam dan terperinci.
"Juga saingan semasa pertandingan AJL tidak mungkin sama dalam AIM. Bertanding 10 lagu dalam AJL berbeza dengan bertanding 60 lagu dalam AIM.
"Apatah lagi kriteria penjurian berbeza di mana dalam AJL pelbagai genre disatukan dalam satu pertandingan sedangkan AIM ia diasingkan mengikut kategori.
"Lagi banyak lagu yang bertanding risiko terkeluar dari posisi Top 5 pasti berlaku. Juri yang dipilih dalam AIM adalah pakar dalam kategori yang dipertandingkan, sudah tentulah penjurian berbeza dengan AJL," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam Haqiem Rusli mempersoalkan kegagalan lagu nyanyian dan ciptaannya, Mimpi tidak tersenarai dalam calon akhir AIM23.
Menurutnya, pihak pengurusannya, FMC Music mencalonkan lagu terbabit untuk bertanding dalam enam kategori namun tidak berjaya bolos ke lima terbaik.
Enam kategori terbabit adalah lagu pop terbaik, vokal lelaki terbaik, susunan muzik terbaik, rakaman lagu terbaik, runut bunyi (ost) terbaik di dalam drama dan muzik video terbaik.
Mokhzani menambah, tarikh 'release' lagu Mimpi adalah pada Disember 2019 sedangkan lagu-lagu pencalonan diambil kira bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022.
"AIM22 sebelum ini adalah pada tahun 2016 dan pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) iaitu penganjur AIM mengambil keputusan lagu-lagu 2017 sehingga 2020 tidak akan diambil kira sebab tempoh masa yang sudah lama dan jika dibenarkan jumlah lagu-lagu akan terlalu banyak untuk diadili," katanya.
AIM23 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 11 September ini.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024