Laman Utama

Miss World Malaysia Pertama Bergelar Prof Madya, Dr Soo Wincci Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

Fiza Kamarudin
08/04/2022
04:35 MYT
Sponsor Banner
Miss World Malaysia Pertama Bergelar Prof Madya, Dr Soo Wincci Diiktiraf Malaysia Book Of Records!
Dr Soo Wincci mencipta sejarah menjadi ratu cantik dengan gelaran Miss World Malaysia pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.
Lantikan tersebut juga melayakkan Soo Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR), 1 April lalu.
Bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Soo Winci berkata pengorbanan dan jerih perihnya selama ini berbaloi.
"Bermula daripada seorang ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman di sinilah saya.
“Saya kini salah satu daripada tenaga pengajar di UiTM dan mengajar dalam subjek produksi muzik dan perniagaan,” katanya.
Ditanya mengenai komitmen lain selepas bergelar pensyarah, Soo Wincci berkata setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.
“Saya masih berulang alik ke Valencia, Sepanyol dan selalunya ketika cuti semester. Pernah juga saya menjalankan kelas secara virtual ketika berada di sana.
“Sekarang ini saya berada di UiTM hampir setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Jadinya ia tidak mengganggu kerja seni saya,” katanya.
Dalam pada itu Soo Wincci berkata dia juga sedang fokus untuk menghabiskan pengajian doktor falsafah (PhD) kedua.
"PhD kedua ini adalah dalam bidang produksi artistik hanya berbaki satu lagi sesi latihan industri.
“Saya sasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang baru dua. Mungkin PhD ketiga saya ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma belum tahu di universiti mana nak teruskan," katanya.
Ditanya mengenai ramadan, Soo Wincci berkata tahun ini tahun ke-11 dia berpuasa.
“Tiga tahun saya berpuasa di Sepanyol dan kali ini di Malaysia pula. Perasaannya agak berbeza.
“Lepas rindu dapat berpuasa di negara sendiri,” katanya yang turut bergelar ikon Islamic Relief Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024