Laman Utama

Misha Omar Gagal Ke AJL36, Netizen Kata - “Kak Mitch Tetap Juara Di Hati Kami!”

Mya Amri
02/01/2022
11:57 MYT
Sponsor Banner
Misha Omar Gagal Ke AJL36, Netizen Kata - “Kak Mitch Tetap Juara Di Hati Kami!”
Meskipun Misha Omar gagal melayakkan diri dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), namun penyanyi bersuara merdu ini tetap positif.
Mempertaruhkan lagu Tanpa Rela hasil ciptaan sendiri, Misha merasakan ia satu penghormatan besar kerana berjaya hingga ke tahap itu.
“Tahniah buat 12 lagu yang mara ke AJL36. Alhamdulillah, semalam kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.
“Meskipun lagu ciptaan kak Mitch bersama Szewan Kenobi, Zul Husni dan Slen Fadzil tak berjaya ke AJL36, tapi percubaan kali ini tetap akan jadi pembakar semangat yang baik buat saya menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu. InsyaAllah,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Selain menyatakan rasa terima kasih, Misha juga berjanji akan terus cuba menghasilkan karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.
“Doakanlah mudah-mudahan Kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang.
“Terima kasih buat kawan-kawan semua yang mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke SFMM36.
“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music Malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan saya untuk diketengahkan," coretnya.
Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Misha.
Walaupun berasa sedih kerana lagu tersebut gagal menempa tempat dalam senarai finalis namun netizen tetap menganggap Misha adalah juara di hati mereka.
BACA: “Dengan Baju Kelawar Dah Ready Nak Tidur, Tiba-Tiba…” - Marsha Menjerit, Tak Sangka Berjaya Masuk AJL36
Semalam, 12 lagu diumumkan berjaya layak ke AJL36 ialah Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini), Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar), Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024