Sukan

"Mirip Neymar..." - Pemerhati Bola Sepak Indonesia Puji Penampilan Luqman Hakim, Peminat Pula Puji Makin Sado

Badrul Hashim
11/11/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
"Mirip Neymar..." - Pemerhati Bola Sepak Indonesia Puji Penampilan Luqman Hakim, Peminat Pula Puji Makin Sado
Dalam usia 18 tahun dan bermain untuk pasukan KV Kortrijk (KVK) dalam liga Belgium, nama Luqman Hakim Shamsudin bukan sahaja menjadi perhatian rakyat Malaysia, tetapi juga negara seberang, Indonesia.
Pemain bola sepak sensasi negara ini mendapat perhatian ramai apabila memuatkan gambar terbarunya di Instagram miliknya. Bukan sahaja bentuk badan dan penampilannya menjadi pujian ramai, malah ramai yang menyamakannya dengan pemain bola sepak Brazil, Neymar.
"Mirip Neymar sebelum di Barca," puji tribungaruda
Ternyata pujian tersebut mendapat perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia.
Selain daripada itu, perubahan yang nampak ketara dari segi fizikalnya juga menjadi perhatian ramai.
"Working hard to get back! You look good Luqie," tulis kvktrijkfans.
"Mantap Mey badan siap dah tu," tulis aacciitt.
"Besar biceps dia loni (sekarang)," komen zulhairil14
"Jahat biceps loni," tulis ahmd.zikr
"Makin sado," komen harimaumalayatv.my
"Dah sado Luqman," tulis borakbola_official.
A post shared by LS10 (@luqmansham_10) on
Untuk info, buat masa sekarang Luqman sedang direhatkan selama tiga minggu setelah otot peha kanannya disahkan koyak ketika menjalani sesi latihan sehari selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024