Laman Utama

Michael Ang Dikritik Sebab Sebut ‘Mintak Simpang Malaikat 44' - “Mana Hang Belajar?”

Izwan Isa
02/06/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Dikritik Sebab Sebut ‘Mintak Simpang Malaikat 44' - “Mana Hang Belajar?”

Pengarah, penerbit dan pelakon, Michael Ang dikritik netizen apabila menggunakan frasa ‘minta simpang malaikat 44’ menerusi perkongsian Instagram miliknya baru-baru ini.

Michael menggunakan frasa berkenaan susulan pendapat yang dinyatakan mengenai kes seorang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Sungai Besar pada Khamis atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang sedang hamil.
BACA: "Ni Neraka Jahanam Namanya!" - Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter

BACA: Michael Ang Nak Ubah Watak 'Penyondol' Bertudung & Nampak Suci - "Kalau Dulu Buat Cerita..."

“Simpang malaikat 44 mana hang belajar… malaikat tu yang akan jaga kita. Sebelum cakap fikir,” kritik seorang pengguna Instagram.
Tidak terus berdiam diri, Michael kemudian membalas komen yang ditinggalkan oleh individu berkenaan dan menegakkan pendiriannya menggunakan frasa berkenaan.
“I think you need to research maksud dia sebelum shoot your mouth. Pergi tanya orang Melaka maksud dia ya. Jangan pura-pura pandai. Malu dik,” katanya.
Sungguhpun begitu, ramai yang menyokong tindakan Michael dalam penggunaan frasa berkenaan.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Bang baru keluar gua ke?”
“Saya pun selalu cakap simpang malaikat 44."
“Kalau orang Melayu, dah biasa sangat guna ayat ni…”
Terdahulu, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian terhadap seorang wanita di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada kira-kira jam 8.30 malam, 22 Mei sehingga 23 Mei lalu jam 8 pagi.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan membunuh terhadap seorang wanita yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.
Sebelum itu, tertuduh yang berbaju T kuning dan berpelitup muka dengan dikawal ketat polis tiba di mahkamah itu pada jam 8.55 pagi.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada 22 Mei lalu.
Mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu dipercayai kerana teman lelakinya yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024