Laman Utama

Mia Ahmad Akui Salah Sendiri, Leka Biar Anak Main Gajet Sampai Masalah Lambat Bercakap - "Saya Cuma Fikirkan Diri Saya Saja ..."

Zulaikha Yusof
03/07/2021
02:19 MYT
Sponsor Banner
Mia Ahmad Akui Salah Sendiri, Leka Biar Anak Main Gajet Sampai Masalah Lambat Bercakap - "Saya Cuma Fikirkan Diri Saya Saja ..."
Pelakon Mia Ahmad, 33, akui menyesal apabila pernah membiarkan anak sulungnya, Sayf Issa menggunakan gajet serta menonton televisyen tanpa had masa.
Akibat kelekaan Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, Issa mengalami masalah lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial.
"Saya mengaku kesalahan sendiri. Pada waktu itu, saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula dedahkan penggunaan gajet secara kerap kepada Issa.
"Kesan daripada saya dedahkan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial," tulisnya di Instagram (IG).
Bagaimanapun, pelakon drama Mr. Boss Miss Stalker itu bersyukur kerana masalah itu sudah berjaya diselesaikan setahun lalu dan Issa kini mula menunjukkan perkembangan sihat seperti kanak-kanak lain.
"Tapi, itu dahulu, setahun yang lalu.. Alhamdulillah dengan izin MU, Issa menunjukkn progress yang sangat baik..mula bercakap, mula berinteraksi.. dah atasi hampir semua masalah yang ada sebelum ini.
"Imbas kembali video sebelum PKP 3.0. Anak pertama saya. Sangat bangga dengan dia. Tiada apa yang mustahil. Jangan putus doa dan sangka baik selalu dengan Allah. Awak mampu lakukannya, sayang,” tulis Mia.
Menerusi perkongsian tersebut, Mia memuat naik dua buah video memaparkan anaknya sedang belajar mengenal bentuk dan kategori jantina manusia daripada speech therapist.
Dalam pada itu, isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd. Izham Tarmizi mengingatkan kepada semua ibu bapa untuk mengurangkan penggunaan gajet terhadap anak masing-masing terutama di waktu pandemik sekarang.
"Ibu bapa tolong minimalkan penggunaan gadget.. saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini dan mengambil jalan pintas untuk bagi anak-anak menggunakan gajet.
"Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Bila beri mereka main gajet, pastikan kita tengok bersama mereka," tulisnya lagi.
Terdahulu, Mia berkahwin dengan Izham pada 13 Januari 2017. Hasi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Issa, 3, dan Iris, 1.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024