Laman Utama

Meriah! Nelayan Berarak Kibar Jalur Gemilang

Gempak
31/08/2022
02:01 MYT
Sponsor Banner
Meriah! Nelayan Berarak Kibar Jalur Gemilang
Sebanyak 40 sampan nelayan mengadakan perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar perairan Jeti Sungai Gelugor ke Pulau Kazambo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
Pengerusi Unit Nelayan Sungai Gelugor Ali Hikal Saad berkata tujuan utama perarakan sejauh tiga kilometer itu adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2022, selain menunjukkan semangat patriotisme dalam kalangan nelayan Sungai Gelugor dan Batu Uban.
“Kerja-kerja pemasangan bendera di jeti ini telah dimulakan sejak dua minggu lepas dan akan berkibar sehingga 16 Sept berikutan sambutan Hari Malaysia," katanya yang merasmikan Konvoi Sampan Kibaran Jalur Gemilang Unit Nelayan Sungai Gelugor semalam.
Beliau turut berharap program yang menelan kos hampir RM3,000 itu akan dianjurkan setiap tahun oleh para nelayan di seluruh negeri.
Turut hadir Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed dan Timbalan Pengerusi Unit Nelayan Sungai Gelugor Amirul Din Abdul Aziz.
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024