Laman Utama

Menyesal Seumur Hidup! Seorang Suami Kehilangan Isteri Selepas Anggap Covid-19 Sekadar Konspirasi

Zulaikha Yusof
30/09/2020
23:50 MYT
Sponsor Banner
Menyesal Seumur Hidup! Seorang Suami Kehilangan Isteri Selepas Anggap Covid-19 Sekadar Konspirasi
Seorang lelaki di Amerika Syarikat, Brian Lee Hitchens terpaksa menanggung penyesalan seumur hidup selepas kehilangan isterinya, Erin akibat Covid-19.
Memetik laporan Mirror UK, Brian meluahkan rasa kesal kerana menganggap pandemik itu sekadar sandiwara dan konspirasi pihak tertentu.
Brian memberitahu pada bulan Julai lalu, dia dan isterinya yang berusia 46 tahun telah membaca bahawa Covid-19 itu adalah palsu dan ia cuma selesema biasa. Mereka berdua juga membaca dakwaan bahawa virus ini dikaitkan dengan teknologi 5G.
Mereka mengabaikan semua Tatacara Operasi Standard (SOP) dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tidak memakai topeng muka di tempat awam.
Akhirnya, mereka berdua jatuh sakit sebelum didiagnos Covid-19.
Ketika Brian mula sembuh, malangnya keadaan isterinya makin buruk sehingga akhirnya meninggal dunia disebabkan mempunyai masalah jantung.
Kata Brian, dia sepatutnya mendengar nasihat sejak awal lagi.
"Saya harap saya mematuhi dari awal. Ini adalah virus sebenar yang mempengaruhi orang secara berbeza.
"Saya tidak dapat mengubah masa lalu. Saya hanya dapat hidup hari ini dan membuat pilihan yang lebih baik untuk masa depan.
"Dia tidak lagi menderita, tetapi dalam keadaan damai. Saya terpaksa menempuh masa kehilangannya, tetapi saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik," katanya kepada BBC.
Sumber: Mirror UK
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024