Laman Utama

"Menteri Berjiwa Rakyat" - Tak Sampai Sebulan, TikTok Tengku Zafrul Dah Kumpul 121,000 Followers

Amri Hassan
08/09/2021
05:57 MYT
Sponsor Banner
"Menteri Berjiwa Rakyat" - Tak Sampai Sebulan, TikTok Tengku Zafrul Dah Kumpul 121,000 Followers
Baru saja membuka akaun media sosial TikTok pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah berjaya mengumpul lebih 121,000 pengikut.
Ternyata ketampanan dan aura yang dimiliki beliau berjaya menarik perhatian pengguna yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda dan milenials.
Sikap terbuka Tengku Zafrul ternyata disenangi pengguna platform berkenaan yang kerap berinteraksi dan terbuka menerima pandangan serta menyelami masalah yang dibangkitkan anak muda.
Malah, ada dalam kalangan pengguna TikTok yang menyifatkan Tengku Zafrul menteri berjiwa rakyat!
Terbaharu, beliau mengajak anak muda untuk menyumbang idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadual 29 Oktober ini.
Tengku Zafrul menerusi video terbaharu di aplikasi TikTok berkata, orang ramai hanya perlu muat naik video berdurasi satu minit dengan menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022.
Tambah beliau, selain TikTok rakyat Malaysia juga boleh berkongsi idea menerusi portal Kementerian Kewangan (MoF) sebelum 15 September.
@tzafrul_aziz
Anda ada idea untuk Bajet 2022? Rakam dan upload ke TikTok! ##KeluargaMalaysia ##MYInclusiveBudget ##Bajet2022 ##fyp ##foryoupage
♬ original sound - Tengku Zafrul Aziz
Sejak memuat naik hantaran itu semalam, video terbabit menerima lebih 50,000 tontonan dan 600 komen.
Antara komen yang diterima menjurus kepada penambahbaikan jaringan Internet sepanjang waktu sukar berdepan pandemik COVID-19, bantuan kewangan kepada golongan pelajar dan pembukaan sektor pelancongan kepada orang ramai.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024