Laman Utama

“Mendatangkan Salah Faham Ramai Pihak…” - Gaya Tudung Seperti Rahib, Aina Abdul Mohon Maaf

Mya Amri
28/05/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Mendatangkan Salah Faham Ramai Pihak…” - Gaya Tudung Seperti Rahib, Aina Abdul Mohon Maaf
Penyanyi Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya penampilannya dalam sebuah majlis baru-baru ini menyebabkan ramai pihak terkesan.
Aina membuat permohonan maaf itu menerusi ruangan IG Story miliknya hari ini.
Aina menjelaskan pemakaian hijab didakwa menyerupai rahib itu merupakan ideanya dan pasukan pengurusan yang diinspirasikan daripada koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
"Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 baru-baru ini.
"Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf," tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani menyatakan akan lebih berhati-hati dalam berfesyen di masa akan datang.
"Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT," tulisnya lagi.
Khamis lalu, penampilan Aina dalam sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik netizen kerana pemakaiannya didakwa menyerupai biarawati gereja atau rahib.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024