Nusantara

Menagih & Mengedar Dadah, Vokalis Lagu Aishiteru Berdepan Hukuman Mati

Mya Amri
09/03/2019
12:21 MYT
Sponsor Banner
Menagih & Mengedar Dadah, Vokalis Lagu Aishiteru Berdepan Hukuman Mati
Vokalis kumpulan Zivilia yang popular menerusi lagu Aishiteru, Zulkifli ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.
Berita penangkapan itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan.
Menurutnya, penyanyi lagu Aishiteru itu boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sekiranya disabit kesalahan.
“Benar, ditangkap. Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahannya,” katanya.
Terdahulu, Zul ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.
Zul itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.
Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.
Selain itu, polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti.
Sumber: Tribune News/Kompas
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024