Laman Utama

Melampau! Majikan Tergamak Bayar Gaji Pekerja Guna Duit Syiling?

Hanafis Haris
06/07/2021
04:13 MYT
Sponsor Banner
Melampau! Majikan Tergamak Bayar Gaji Pekerja Guna Duit Syiling?

Melanggar akta buruh! Itu yang dilakukan oleh pengusaha sebuah kilang yang membayar gaji pekerjanya dalam bentuk syiling.

Kejadian berlaku di Valenzuela City itu mula disedar selepas seorang seorang pekerja kilang mengadu mengenai salah laku tersebut kepada pihak berkuasa.

Pekerja kilang itu, Russel Manoza membuat laporan mengenai layanan diterima termasuk dibayar gaji 1,056 peso (RM89.30) dalam bentuk syiling lima dan 10 sen.

Menurut Manoza, majikannya memintanya hadir di kilang untuk menerima gaji terakhir selepas dipecat.

Namun, apa yang dia terima adalah lambakan duit syiling.

Susulan daripada laporan itu, premit kilang tersebyt digantung selama 15 hari kerana melanggar peraturan buruh.

Kilang itu juga berdepan hukuman lebih berat selepas disiasat susulan aduan pekerjanya mengenai ketidakdilan pengurusan dan pengabaian kebajikan mereka.

Malah, pengusaha diminta meminta maaf atas perbuatannya itu.

Pun begitu, pengusaha tersebut mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya mahu diserahkan kepada gereja di Malabon.

Sumber : Valenzuela.pv

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024