Laman Utama

Meganya! 120 Kali Ganda Aktiviti 'Add-To-Cart' Ketika Festival Shopee Live 10.10

Amri Hassan
19/10/2023
04:59 MYT
Sponsor Banner
Meganya! 120 Kali Ganda Aktiviti 'Add-To-Cart' Ketika Festival Shopee Live 10.10
Shopee melakar sejarah menerusi Festival Shopee Live 10.10 dengan peningkatan sebanyak 120 kali ganda dalam aktiviti 'add-to-cart’ pengguna!
Sudah tentu kejayaan itu dipacu oleh peningkatan trafik daripada pengguna baharu dan paling ramai pada hari kemuncak.
Sepanjang 9 hari kempen, Shopee Live menyaksikan peningkatan lebih 595,000 penonton baharu serta 30 juta pengguna secara keseluruhan pada 10.10.
Lebih menarik, penonton baharu Shopee Live meningkat 12 kali ganda pada 10.10!
Apa yang ada pada Festival Shopee Live 10.10 Pada sesi Shopee Live, pengunjung dapat menonton sesi strim live yang interaktif, baucar eksklusif sehingga 90% daripada seller yang mengambil bahagian serta dapat menyertai game best Spin 2 Win.
Malah, penonton dapat bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 ketika rancangan permainan Kotak Duit Misteri pada 8 malam.
Pembeli pula dapat menikmati promo eksklusif dan diskaun daripada lebih 5,000 jenama seperti Pediasure, TTRacing, dan banyak lagi di Shopee Live.
Produk paling laku 10.10 Pada 10.10, Jovian, LONKOOM, Maybelline, Mydin, Nestle, Skechers, SKINTIFIC, Swiss Thomas, Zoe Arissa, dan Zucca berjaya mencapai pesanan strim langsung tertinggi, menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa risau dengan keaslian produk 100%, Polisi Pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda.
Konsep menarik shoppertainment Kata Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, konsep shoppertainment yang diperkenalkannya itu mendapat permintaan menakjubkan.
"Suka cita kami maklumkan peningkatan permintaan menakjubkan terhadap konsep “shoppertainment” melalui Shopee Live.
"Banyak jenama terkemuka diketengahkan ketika kempen 10.10, di mana rakyat Malaysia menonton untuk mengetahui produk baharu, berinteraksi dengan penonton lain, dan berjimat dengan promo eksklusif.
"Prestasi Shopee dalam memacu aktiviti perjalanan pembelian pengguna merupakan sebuah peluang untuk meningkatkan jualan buat penjual strim langsung kami," katanya.
Di Festival Shopee Live 10.10 kali ini, jenama fesyen dan kecantikan menggunakan kuasa pasaran strim langsung yang membolehkan mereka menunjukkan produk mereka secara langsung.
Produk paling laris dicari pada 10.10 Sepanjang hari ketika 10.10, pengguna Malaysia mencari produk fesyen dan aksesori seperti blaus, dress, beg tangan wanita, kasut wanita, dan sandal wanita.
Pakaian saiz besar, barangan kemas, dan hijab merupakan produk fesyen yang paling banyak dipesan semasa hari kemuncak.
Order paling tinggi Pembeli menebus lebih 1.3 juta baucar di Shopee Live yang membantu mereka berjimat besar terhadap setiap pembelian.
Botol isi semula pensanitasi tangan, telur segar semula jadi dari ladang, dan sambal halal mengambil tempat tertinggi untuk pesanan Shopee Live tempatan, menunjukkan minat pelbagai dan meluas pengguna.
“Shopee Live mempunyai alatan bersesuaian dan dinamik untuk mencipta strim langsung menarik termasuk ciri Undian, ciri Lelong, Baucar Waktu Terhad, dan Harga Strim Langsung Eksklusif.
"Jenama dan penjual menggunakan alatan ini untuk sesi yang lebih berperibadi, mencipta pembelian dengan pantas, perbualan interaktif dua-hala, dan memacu aktiviti pengguna yang lebih aktif.
"Hasilnya adalah interaksi yang sangat bermakna dan mampu mempengaruhi pelanggan yang disasarkan,” tambah Soh.
Kawasan di luar Lembah Klang seperti Johor Bahru, Kinta, Melaka Tengah, Seremban, dan Timur Laut menyaksikan peningkatan ketara terhadap keterlibatan melalui Shopee Live.
Ini menunjukkan kecapaian meluas dan daya tarikan Shopee Live, ketika pengguna menerokai lembaran baharu e-dagang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar