Laman Utama

Mat Kilau Sukses, Beto Kusyairy Demand Bayaran? - "Harga Setimpal Dengan Kerja ..."

Amri Hassan
23/08/2022
05:48 MYT
Sponsor Banner
Mat Kilau Sukses, Beto Kusyairy Demand Bayaran? - "Harga Setimpal Dengan Kerja ..."
Lakonan aktor handalan, Beto Kusyairy tidak perlu dipertikaikan, malah, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila menunjukkan kehebatan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, baru-baru ini.
Namun, di sebalik itu, ada yang beranggapan Beto mungkin akan semakin ‘demand‘ dengan meletakkan harga lebih tinggi dari segi bayaran.
Beto berkata, kejayaan filem Mat Kilau tidak membuatkannya berubah, masih seperti dulu.
"Saya masih Beto yang dulu, harga ditetapkan juga setimpal dengan kerja lakonan dan pengalaman dalam bidang seni.
"Saya bekerja bukan untuk diri sendiri, tetapi demi naskhah diamanahkan.
"Jika bekerja untuk karya, saya akan memberikan yang terbaik. Keikhlasan perlu ada dan itu antara sebab saya masih bertahan sehingga hari ini," katanya.

Beto pilih skrip

Mengenai naskhah, kata Beto, dia memang seorang yang memilih skrip dan karya sejak dulu.
"Saya memilih skrip dan mahu bekerja dengan pengarah serius dan tidak main-main ketika berkarya," katanya.
Mengulas persepsi peminat yang membandingkan lakonannya sebagai Wahid lebih menyerlah daripada watak utama, Mat Kilau lakonan Adi Putra, Beto berkata, tidak adil berbuat demikian.
"Watak Wahid ditulis skrip lebih banyak konflik dengan isteri, drama dan tragedi berbanding watak Mat Kilau lakonan Adi.
"Mat Kilau ditulis kurang dramatik. Justeru, tidak adil untuk peminat membandingkan siapa lebih menonjol atau sebaliknya," katanya.

Anak Rimau bertembung Air Force

Pada masa sama, Beto berkata, tidak berasa risau filem Anak Rimau The Movie lakonan turut bertembung dengan filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa lakonan Adi di pawagam.
"Sebagai pelakon kita perlu meraikan kepelbagaian genre dalam industri.
"Dari segi genre sudah berbeza, filem Anak Rimau The Movie bergenre sukan, manakala Air Force Movie Selagi Bernyawa pula bergenre aksi," katanya.
Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.
Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.
Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.
Ia turut menampilkan barisan pelakon pembantu Iaitu Mustakim Bahadon, Taiyuddin Bakar, Megat Sharizal dan ramai lagi.
Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.
Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024