Laman Utama

Manusia Anjing Dakwa Ramai Mahu Jadi ‘Binatang’ Sepertinya

Maliah Surip
29/08/2023
12:26 MYT
Sponsor Banner
Manusia Anjing Dakwa Ramai Mahu Jadi ‘Binatang’ Sepertinya
Seorang lelaki Jepun sempat menjadi sensasi awal bulan ini selepas mengubah dirinya menjadi seekor anjing.
Mengaku telah membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk pakaian buatan khas atau kostum anjing dari baka Collie, lelaki yang dikenali sebagai Toco itu mengatakan impian masa kecilnya tercapai dengan merubah diri menjadi ‘binatang’.
Terkini menerusi temubual dengan media Mynavi, Toco yang sudah memiliki lebih 50,000 pengikut di YouTube memberitahu menerima banyak mesej positif dan sokongan.
Malah katanya ada yang melahirkan hasrat untuk menjadi sepertinya.
“Saya menerima banyak mesej positif. Malah ada yang mengatakan mahu menjadi seperti saya.
“Ini membuat saya berfikir bahawa banyak orang di luar juga mempunyai impian seperti saya,” katanya seperti dilaporkan Indy100.
Toco memulakan transformsi menjadi anjing sejak dua tahun lalu. Dia bertemu dengan syarikat yang mampu menghasilkan kostum seperti diingini dan disiapkan dalam tempoh 40 hari.
Kostum tersebut seberat empat kilogram kini dipakai, berjalan seperti seekor anjing sebenar dan menjadi kebanggaan Toco.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024