Laman Utama

“Mana Harga Diri Mama?”- Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang

Syafiqah Jalal
16/08/2022
02:37 MYT
Sponsor Banner
“Mana Harga Diri Mama?”- Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang
Seorang anak meluah rasa kesal apabila ibunya bercinta dengan lelaki yang sudah beristeri.
Luahan itu dikongsikan seorang penggguna Twitter dalam ciapannya meminta nasihat netizen mengenai tindakan ibunya yang mengganggu suami orang.
Lapor Suara.com hantaran itu telah tular di media sosial Indonesia.
“Saya sedih kerana ibu saya mempunyai teman lelaki. Tetapi dia bercinta dengan suami orang dan tidak pernah mendengar apabila diberi nasihat,” katanya.
Kemarahannya memuncak apabila ibunya pergi ke balai polis di mana tempat lelaki itu bekerja untuk menemaninya.
“Rajin solat tetapi berkelakuan begini. Tak malu dengan sejadah? Baik pulang sekarang,” demikian potongan mesej dihantar pengguna itu kepada ibunya.
Dia terus memarahi ibunya kerana mereka selalu bergaduh mengenai teman lelakinya.
“Habis solat mama balik,” balas ibunya.
Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kalau saya diam sahaja, buat penat. Bazir tenaga sahaja. Mereka tidak akan sedar sampai bila-bila, lebih baik diam walaupun sakit,” kata salah seorang netizen.
Sumber: Suara.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024