Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Anak Nak Bela Kucing Tapi Bimbang Buang Air Merata? Ini 5 Tips Mudah Urus!

Syafiqah Jalal
23/04/2022
13:43 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Anak Nak Bela Kucing Tapi Bimbang Buang Air Merata? Ini 5 Tips Mudah Urus!
Kebiasaannya, kanak-kanak hanya suka bermain dengan kucing dan mereka hanya mahu berseronok tanpa memikirkan cara menguruskannya.
Bukan mudah memelihara haiwan peliharaan terutama kucing jika tiada ilmu mengenainya. Jadi sebagai ibu bapa, Mami Piqah rasa adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan kucing berada dalam keadaan baik.
Terutama untuk menguruskan proses pembuangan air kecil dan air besar kucing. Pasti ibu bapa pening bagaimana caranya untuk memastikan kawasan rumah berada dalam keadaan bersih tanpa membiarkan kucing membuang merata-rata.
Di sini, Mami Piqah kongsikan 5 cara mudah bagaimana hendak menguruskan tandas si manja agar tidak membuang merata.
#1 Perhatikan waktu kucing hendak membuang
Anda perlu melatih anak kucing anda cara penggunaan bekas najis. Ini amat mudah: sebaik sahaja anda perhatikan ia mahu membuang air, alihkan ia ke dalam bekas najis. Anda juga boleh membantu meletakkan ia ke dalam bekas najis tersebut pada setiap pagi, malam sebelum masuk tidur dan juga setiap selepas makan. Teruskan mengulangi perbuatan ini sehingga anak kucing anda dengan sendirinya boleh menjumpai bekas najis itu melalui deria bau dan tempat letaknya. Selepas itu, biar ia melakukannya sendiri. Bagi memastikan keselesaannya, gunakan bahan yang menyerap bau.
#2 Amalkan Kebersihan
Dalam habitat semula jadi, kucing-kucing besar sebenarnya amat teliti mengenai kebersihan dan kesihatan, mereka memastikan makan dan minum dilakukan di kawasan yang lain dari tempat mereka membuang air. Begitu juga dengan anak kucing anda, maka tempatkan bekas najisnya itu jauh sedikit daripada tempat makan dan minum. Selain itu, ianya penting untuk membersihkan bekas najis setiap hari.
#3 Kemalangan Mungkin Berlaku
Pernahkah anak kucing anda tiba-tiba mula membuang najis tidak di bekas najisnya? Ini mungkin berlaku kerana beberapa perkara: Bekas najisnya kotor -Ia sedang cuba mendapatkan perhatian -Ia merasakan sesuatu telah mencerobohi kawasannya -Ia mungkin telah matang secara seksual Jika ini berterusan, mintalah nasihat daripada doktor haiwan anda untuk mengajar anak kucing anda semula.
#4 Cara Membersihkannya
Bilas kawasan itu dengan air yang bersih, kemudian gunakan larutan serbuk pencuci biologik pada kepekatan 10% untuk menghilangkan bau. Anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan bahan lain kerana kebanyakan bahan pencuci mempunyai bau yang hampir mirip bau kencing kucing. Justeru, jika anda membersihkan tempat ini dengan bahan-bahan pencuci seperti ini, anda sebenarnya mungkin meninggalkan isyarat felin yang mengalakkan lagi lebih banyak lagi kelakuan yang tidak diingini, bukannya semakin kurang!
#5 Rewards
Apabila anak kucing anda telah berjaya menggunakan bekas najisnya, pastikan anda menghujani ia dengan pujian – memberi upah juga dapat membantu. Dengan cara ini, ia akan segera dapat mengaitkan bekas najis tersebut dengan perasaan seronok. Anda hanya perlu bersabar dengan anak kucing anda, banyak memberikan dorongan, dan ia akan dapat membiasakan penggunaanya dengan cepat.
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro
Sumber: Whiskas.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024