Hiburan

Malaysia Airports Ambil Tindakan Tatatertib Ke Atas Petugas Keselamatan Biadap Terhadap Nourul Wahab

Fiza Kamarudin
17/06/2020
08:41 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Airports Ambil Tindakan Tatatertib Ke Atas Petugas Keselamatan Biadap Terhadap Nourul Wahab
Malaysia Airports memohon maaf kepada Nourul Wahab atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab susulan laporan berhubung kelakuan biadab seorang petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) terhadap penyanyi tersebut.
Syarikat itu turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Nourul Wahab selain menyesali kejadian yang berlaku.
Menerusi sebuah kenyataan, Malaysia Airports memberitahu pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.
"Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangannya," kata syarikat pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak berkenaan juga mengingatkan penumpang untuk merujuk di laman webnya untuk pertanyaan yang sering diajukan (FAQ) berhubung kebiasaan baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pada Sabtu lalu Nourul Wahab mendakwa seorang petugas AVSEC berkelakuan biadab terhadapnya ketika cuba memasuki terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar ibu bapa mentuanya pulang ke Perancis.
Nourul kemudiannya memuat naik video di laman sosial Facebook dan Instagram meluahkan rasa kesalnya kerana petugas AVSEC tersebut bercakap kasar dan bersikap kurang ajar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024