Laman Utama

Makin ‘Gila’ & Celupar, Balenciaga Akhiri Kontrak Bersama Kanye West

Maliah Surip
22/10/2022
14:38 MYT
Sponsor Banner
Makin ‘Gila’ & Celupar, Balenciaga Akhiri Kontrak Bersama Kanye West
Nama pesohor Kanye West yang telah menukar namanya kepada Ye lewqt kebelakangan ini memang agak panas.
Sikapnya yang celupar dan lantang bersuara di media sosial bukan sahaja memberi impak terhadap dirinya yang disekat daripada bebas menggunakan platform tersebut, kini ia juga sudah bersangkutan dengan ‘periuk nasinya’.
Terkini, jenama mewah Balenciaga dilaporkan menamatkan kerjasama yang dimeterai bersama rapper itu lantara keceluparannya yang cukup kontroversi baru baru ini.
“Balenciaga tidak lagi menjalinkan hubungan kerja dengan buat masa ini atau pada masa akan datang dengan artis ini,” tulis kenyataan dari Balenciaga seperti dilaporkan CNN.
West sebelum ini melakukan kolaborasi dengan Balenciafa menerusi kempen popular mereka, Yeezy Gap awal tahun ini.
Pihak Gap Brand pula mendedahkan menamatkan kerjasama mereka kerana sudah tidak memiliki visi yang sama.
Selain Balenciaga, sebuah lagi jenama terkenal iaitu Adidas turut dilaporkan sedang mempertimbangkan semula kerjasama antara mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024