Hiburan
Makin Confident! Netizen Puji Luqman Hakim ‘Kecek’ Bahasa Inggeris Menerusi Video...
Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk mencuri tumpuan ramai apabila tampil dalam sebuah video terbaru.
Video tersebut dimuat naik di Twitter rasmi KV Kortrijk, semalam.
Apa yang menariknya, menerusi video tersebut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memberi ucapan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
“Saya kini dalam keadaan sangat baik. Terus berlatih sebaik mungkin, push diri saya untuk mencapai impian.
“Saya mahu banggakan Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang sokong saya termasuklah peminat saya di Belgium,” katanya.
You guys want to see how Luqman worked his way to his debut?#TheJourneyOfLuqie will tell you soon!⏳ This Sunday... pic.twitter.com/NDB1d9USGX— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 29, 2020
Rata-rata peminat kagum dengan penampilan terbaru Luqman yang dilihat semakin berkeyakinan.
Tidak kurang juga yang ‘berseloroh’ mengatakan loghat Luqman sudah seperti rakyat Belgium.
Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah:
Terdahulu Luqman sebelum ini memberitahu dia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk memudahkannya berlatih dan berinteraksi bersama rakan sepasukan di Belgium.
Jelas Luqman, kekangan tersebut antara cabaran yang perlu diatasinya.
Sebelum ini, Luqman yang baru berusia 18 tahun, berlepas ke Belgium Ogos lalu setelah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
Gambar: Twitter KV Kortrijk
Must-Watch Video