Hiburan

Macam Ni Rupanya Pulau Pinang Pada Tahun 1968! Nostalgik Betul Filem Butak!

Hanafis Haris
22/10/2020
13:13 MYT
Sponsor Banner
Macam Ni Rupanya Pulau Pinang Pada Tahun 1968! Nostalgik Betul Filem Butak!
Menggunakan konsep masyarakat Melayu lama dan berlatar belakang pada era 60-an turut menjadi daya tarikan utama orang untuk menonton filem Butak.
Malah, buat mereka yang pernah melalui zaman tersebut, Butak sudah tentunya mengimbau kenangan ketika kecil-kecil dahulu.
Bagi yang masih belum tonton, anda boleh lihat sedutan filem ini yang dimuat naik di posting Instagram Astro Shaw, hari ini.
Video tersebut memaparkan keadaan di pasar Pulau Pinang pada tahun 1968.
Daripada jenis kenderaan digunakan sehinggalah pakaian dan cara orang dahulu berniaga di pasar.
Setiap babak diterjemah dengan cukup teliti oleh pengarahnya, Sabri Yunos.
Menarik bukan? Jika belum tonton, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.
Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.
Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.
Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
BACA: Review Gempak: Butak, Percampuran Rasa Benci, Menyampah Dan Geram, Semuanya Bersatu!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024