Laman Utama

Lufya Omar Ada Sebab ‘Sorok’ Anak Dari Media Sosial - “Sangat Sedih Bila Tengok…”

Asyikin Mayudin
06/10/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Lufya Omar Ada Sebab ‘Sorok’ Anak Dari Media Sosial - “Sangat Sedih Bila Tengok…”
Pelakon Lufya Omar memberitahu dia banyak menerima pertanyaan daripada orang yang sudah lama tidak melihat anaknya iaitu Laana Haura di media sosial.
Lufya menerusi perkongsian di Instastory berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai Haura kerana anaknya baru sahaja sembuh daripada demam yang teruk.
"Orang asyik tanya saya kenapa dah lama tak nampak Haura dekat IG? Untuk masa sekarang saya ambil keputusan untuk tidak membuat sebarang posting tentang dia.
"Memandangkan dia sekarang tidak sihat disebabkan demam teruk. Sangat sedih bila tengok anak sakit sebegitu. Ambil masa dua minggu juga untuk baik sampai badan dia kurus," tulisnya.
Dalam perkongsian yang sama, aktres berusia 38 tahun itu meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan keselamatan dia serta anaknya yang tercinta.
"Jadi, bila orang ramai tanya tentang dia, dia baik-baik sahaja bersama saya, insya-Allah. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami," tambahnya.
Untuk info, Laana Haura yang kini berusia lima tahun merupakan anak hasil perkongsian hidup Lufya bersama bekas suami yang dikenali sebagai Dr Che Hafiz.
Lufya berkahwin dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada pada 17 Jun 2020.
BACA SINI: Lufya Anggap Nilai Mut’ah RM1 Juta Wajar Atas Dasar Pengorbanan ... - “Saya Tak Pernah Minta…”
BACA SINI: [VIDEO] Anak Alami Chicken Pox, Lufya Mohon Peminat Share Cara Hilang Rasa Gatal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024