Laman Utama

Lufya Anggap Nilai Mut’ah RM1 Juta Wajar Atas Dasar Pengorbanan ... - “Saya Tak Pernah Minta…”

Asyikin Mayudin
10/05/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Lufya Anggap Nilai Mut’ah RM1 Juta Wajar Atas Dasar Pengorbanan ... - “Saya Tak Pernah Minta…”
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar menjelaskan tuntutan Mut’ah RM1 juta terhadap bekas suaminya iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum berdasarkan pengorbanan yang dilalui sepanjang perkahwinan.
Menurut Lufya menerusi video yang dikongsikan di Instagram Hlive, jumlah itu adalah wajar memandangkan ia dapat membantu untuk dia meneruskan kehidupan membesarkan anak mereka.
“Tuntutan Mut’ah itu adalah bedasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan. Dahulu, pendapatan saya kukuh.
“Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang. Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami,” katanya
Lufya memberitahu dia mengambil masa lama kerana memerlukan masa untuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikalnya selain perlu. membesarkan anak perempuan mereka, Laana Haura.
“Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal. Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak.
“Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja. Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang.
“Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga. Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan.
“RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan,” tambahnya.
Lufya ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah bagi sebutan kes pada pagi Rabu namun bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir.
Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac yang lalu.
Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura, 5.
Namun begitu, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024