Gaya Hidup

Little Miss Khan Melaram Sakan Di Shanghai, Alahai Cantiknya!

Azwa Rahman
03/04/2019
08:22 MYT
Sponsor Banner
Little Miss Khan Melaram Sakan Di Shanghai, Alahai Cantiknya!
Baru berusia 18 tahun, personaliti sosial media, Little Miss Khan (LMK) nampaknya semakin melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.
LMK atau nama sebenarnya Ameera Khan berada di Shanghai, China minggu lalu bagi menghadiri sebuah acara jenama fesyen mewah.
Ameera yang semangnya pandai bergaya tidak melepaskan peluang untuk turut mengabadikan gambar outfit of the day (OOTD) di Shanghai dengan mengenakan jenama fesyen mewah tersebut.
Cantik dan pandai bergaya, lengkap pakej Ameera sebagai personaliti sosial media.
Netizen turut sama memuji kecantikan adik Neelofa itu.
“@zafirazedy: Bakpolah comey sangat awok ni” “@mxurray: Drop DEAD GORGEOUS!” “@wanfaezah_: The tiny waist is to die for!” “@michiewongs: Good for you, girlfriend. Keep inspiring and power on!”
Selain aktif di media sosial, Ameera yang meminati bidang fesyen dan kecantikan itu turut mempunyai jenama kosmetiknya sendiri, LMK Cosmetics.
Sumber foto: Instagram @littlemisskhan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024