Berita

Lima Perkara Biasa Penyebab Sakit Perut, Tapi Bukankah Lebih Baik Mencegah Daripada Mengubati? Kami Kongsikan Dengan Anda

Badrul Hashim
16/10/2018
11:22 MYT
Sponsor Banner
Lima Perkara Biasa Penyebab Sakit Perut, Tapi Bukankah Lebih Baik Mencegah Daripada Mengubati? Kami Kongsikan Dengan Anda
Sakit perut selalunya terjadi akibat gangguan pada otot perut, organ-organ dalaman perut dan juga organ yang berhampiran dengan perut. Ada lima perkara biasa yang menyebabkan kita mengalami sakit perut.

1. Sembelit

Boleh terjadi pada sesiapa sahaja tidak kira usia. Ia berlaku selalunya akibat tidak membuang air secara teratur atau tidak dapat benar-benar mengosongkan usus anda.

2. Cirit Birit

Merupakan kondisi di mana anda membuang air besar lebih daripada tiga kali sehari. Cirit birit selalunya mengambil masa satu hingga dua hari dan akan pulih dengan sendiri, kecuali ada berlaku masalah lain.

3. Gangguan Penghadaman

Ianya selalunya terjadi disebabkan oleh makanan tertentu, membuatkan anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Makan terlalu banyak selalu menjadi penyebab.

4. Sindrom Iritasi Usus

Terjadi apabila anda mengalami gangguan penghadaman yang berpanjangan. Sindrom ini boleh menyebabkan kejang perut, kembung, sembelit dan juga cirit birit.

5. Gastroenteritis atau Flu Perut

Flu perut adalah penyebab utama cirit birit dan muntah. Ianya berlaku disebabkan oleh bakteria atau virus. Ada beberapa tanda lain seperti mual dan sakit kepala.
Sebab itulah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dengan Yakult, anda mungkin dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini seperti di atas.
Ini kerana Yakult mengandungi lebih 30 bilion bakteria hidup Shirota Strain dalam setiap botol. Bakteria Shirota Strain ini membantu melawan bakteria serta virus yang tidak baik di dalam usus kita. Bukan setakat itu sahaja, bakteria Shirota Strain juga mengurangkan toksin merbahaya, melegakan sembelit dan cirit birit, serta meningkatkan sistem imuniti badan.
Jadi tunggu apa lagi? Minumlah Yakult setiap hari untuk kesihatan usus anda. Sebab itulah Yakult adalah minuman probiotik rasmi untuk Piala Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024