Hiburan

"Lelaki Pun Panggil Aku Bebi Jugak Ke...?" - Andi Bernadee

Kamaruddin Razal
20/03/2019
13:00 MYT
Sponsor Banner
"Lelaki Pun Panggil Aku Bebi Jugak Ke...?" - Andi Bernadee
Penyanyi Andi Bernadee mendedahkan ada lelaki yang memanggilnya dengan nama gelaran 'bebi'.
Panggilan terbabit sering digunakan Andi untuk memanggil pengikutnya di laman Instagram.
Andi terkenal dengan video-video 'online boyfriend' dan sering merakamkan perbualan dirinya yang seolah-olah sedang bercakap dengan teman wanita.
"Sekarang ni, di mana-mana pun orang tak panggil saya Andi, orang panggil saya 'bebi'. Saya pun pusing dan menyahut.
"Tapi yang peliknya, ada satu kejadian ketika saya sedang berada di stesen minyak, ada suara garau yang memanggil 'bebi'.
"Lelaki pun panggil aku 'bebi' juga ke? Saya tak takut, saya okay sahaja sebab saya tahu ia gurauan antara saya dan pengikut Instagram," kata Andi.
Tambah Andi dalam sesi temubual bersama HLive, dia tahu ada segelintir pihak yang tidak menggemari apa yang dia lakukan di laman Instagram.
"Bagi saya perkara ini normal. Pasti ada orang yang suka dan orang yang tak suka. Apa yang penting, kita kena hormat semua orang.
"Selagi ia tidak memainkan isu agama dan kaum, semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024