Viral

Lelaki Bertekak Dengan Mekanik, Bayar RM8,000 Tapi Kereta Tak Repair! - "Bila Call, WhatsApp Tak Respon"

Gempak
11/02/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Bertekak Dengan Mekanik, Bayar RM8,000 Tapi Kereta Tak Repair! - "Bila Call, WhatsApp Tak Respon"
Baru-baru ini, tular video memaparkan satu individu ‘bertekak’ dengan seorang mekanik berkaitan isu pembaikan kereta.
Menerusi kapsyen entri yang dibuat oleh satu akaun di Platform X, difahamkan lelaki tersebut telah membelanjakan sebanyak RM8,000 untuk membetulkan enjin kereta, namun masalah itu masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh mekanik berkenaan.

BERITA TRENDING: Kontroversi 'Hot Daddy', Sajat Anggap Memalukan Islam - "Kalau Aku Jijik, Jijik Lagi Yang Straight ..."

“Bayar RM8,000 tapi rosak lagi! Pelik betul dengan mekanik ni. Repair kereta sampai RM8,000 lebih. Enjin masih lagi bermasalah.
“Bila call dan Whatsapp tak nak balas, tanya pekerja, pekerja suruh bincang dengan bos pula,” tulis akaun itu.Menjengah ke ruangan balas posting itu, rata-rata netizen berkongsi nasihat dan ada juga segelintir yang menceritakan pengalaman ditipu oleh mekanik bengkel.
“Memang ada jenis ni. Pengalaman aku, mekanik yang aku percaya buat taik. Kantoi pun sebab dua kali dah hantar lepas sebulan rosak makan modal,”
“Boleh buat laporan ke Suruhanjaya Tribunal kecil di Putrajaya. Mereka akan siasat bisnes yang tak buat kerja betul,”
“Pakai kereta ni paling penting korang join kelab kereta, komuniti kereta yang kita pakai. Supaya apa? Supaya kalau nak servis, nak buat apa apa, mudah sebab kita ada kenalan yang mahir, risiko kena tipu rendah.”
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 700,000 tontonan serta lebih 2,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar