Laman Utama

Lebih Setahun Azri Iskandar Tak Jumpa Dr Azra - "Mestilah Rindu Sebab Dah Bercinta"

Amri Hassan
25/10/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Lebih Setahun Azri Iskandar Tak Jumpa Dr Azra - "Mestilah Rindu Sebab Dah Bercinta"
Pelakon Azri Iskandar mendedahkan dirinya sudah lebih setahun tidak bertemu dengan 'wanita misteri' yang dikenali sebagai Dr Azra.
Jelas Azri, biarpun kian renggang, mereka masih meluahkan rasa rindu dan berhubung setiap hari.
"Mestilah rindu sebab dah bercinta. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah lebih setahun lalu.
"Dulu, hari-hari juga kami berhubung walaupun tak berjumpa. Sekarang dah tak seperti dulu lagi.
"Saya tak bergaduh dengan dia. Dia memang wanita yang baik. Cumanya, kami jadi renggang sebab jarang berpeluang untuk berjumpa," katanya kepada Gempak.
Azri yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kutukan Sembilan Setan di Petaling Jaya pada Selasa memberitahu bekas isteri, Ellie Suriaty dan anak-anak pernah mencadangkannya agar mencari wanita lain.
"Anak-anak suruh cari orang lain sebab pada mereka, dia (Azra) nampaknya seperti tak ikhlas. Sampai sekarang, Ellie suruh saya cari orang lain (sebagai pasangan).
"Sebelum ini, saya ada keluar dengan wanita lain juga dan yang itu mendapat sokongan daripada anak-anak saya. Kata mereka, kalau yang itu, okay.
"Saya sedang berkawan dengan wanita lain juga. Ada yang saya kenal itu bekerja dalam industri juga dan ada yang tidak. Tapi, bukanlah pelakon," katanya.
Azra digambarkan sebagai wanita yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik. Dia juga adalah penulis skrip dan kini mula berjinak dalam dunia lakonan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024