Laman Utama

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo

Asyikin Mayudin
29/03/2023
04:25 MYT
Sponsor Banner
Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Kecantikan wanita Jepun yang memiliki kulit wajah halus dan gebu seperti bayi sememangnya menjadi idaman semua kaum hawa. Sebagai jenama penjagaan wajah terkenal, Hada Labo mempunyai produk yang sempurna dan berkesan untuk masalah kulit berbintik-bintik gelap, kusam serta tidak sekata.
Lagi-lagi nak menjelang Hari Raya Aidilfitri ini sudah pastilah kita nak tampil dengan wajah berseri. Jadi, jangan risau kerana set Premium Whitening Lotion akan memberikan sinaran sempurna pada wajah anda di pagi raya.
Hada Labo Premium Whitening lotion ialah jenama penjagaan kulit Jepun yang berprinsipkan minimalis . Maksudnya tiada alcohol, sumber haiwan, perwarna, pewangi dan minyak mineral.
4 Sebab Kena Amalkan Set Premium Whitening Lotion
1. Kepentingan penghidratan
Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Sama seperti kulit kita, penghidratan adalah penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang terhidrat. Apabila kulit terhidrat, semua masalah kulit lain (tona kulit kusam dan pigmentasi) boleh diselesaikan.
2. Langkah mudah untuk kulit yang sihat
Seperti gaya hidup minimalis orang Jepun yang memilih sederhana dan bersih. Hada Labo juga kekalkan rejim penjagaan kulit yang ringkas namun berkesan untuk mencapai kulit semula jadi yang sihat. Dengan hanya memcuci, mengoles losyen dan melembab kulit setiap hari!
3. Bahan Penting & Ramuan Berkualiti
Seperti mana yang kita faham dengan konsep minimalis, begitu la juga dengan Hada Labo yang hanya mengandungi bahan-bahan semula jadi dan ramuan tidak berbahaya seperti pewarna atau pewangi tiruan, alcohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
4. Tetapkan standard dalam penjagaan kulit
Masyarakat Jepun sentiasa mengutamakan kebersihan, menepati masa dan rajin dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sama juga seperti menjaga dari segi kecantikan. Sebab itulah Hada Labo Premium Whitening Lotion diperkaya dengan bahan lembapan dan pencerahan yang berkualiti tinggi.
Rangkaian Hada Labo Premium Whitening Lotion ini terbukti efektif untuk mencerahkan, mengatasi rona kulit tidak sekata, wajah kusam dan bintik gelap.
Ia mengandungi bahan Asid Hyaluronik berkualiti tinggi (dalam ratio emas) untuk melembap setiap lapisan kulit, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C untuk kesan pencerahan 3 kali ganda.
Dengan amalan konsisten, wajah yang diidam-idamkan pasti terserlah menjelang hari raya nanti.
Jom ikuti cara untuk mencapai kulit yang berseri dengan sinaran sempurna dengan rangkaian Hada Labo Premium Whitening Lotion.
Langkah 1: Pencuci Muka Hada Labo Premium Whitening
Pencuci wajah ini bukan saja membantu melembapkan kulit, malah ia dapat mengatasi kekusaman dan membersih tanpa rasa mengeringkan. Malah infusi bahan-bahannya juga berkesan untuk meresap jauh ke dasar kulit sehingga dapat menyerlahkan kulit yang ketara lebih lembut berseri-seri.
Langkah 2: Losyen Hada Labo Premium Whitening
Gunakan losyen Hada Labo sebagai langkah pertama selepas cucian wajah dan sebelum melembapkan kulit setiap hari. Di Jepun, ramai wanita tidak lagi mempraktikkan pemakaian toner sebaliknya mereka bertukar kepada losyen. Fungsi losyen bukan sahaja mengecilkan pori-pori, malah melembap dan meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang seterusnya. Kulit yang mendapat lembapan secukupnya membantu sel-sel menyerap esen atau krim yang dipakai dengan lebih baik.
Formula terbaharu Hada Labo menggabungkan Triple Whitening dengan bahan lembapan untuk melembap secara mendalam dan mengimbangi semula tona kulit agar kompleksi wajah lebih berseri-seri. Ia juga mengimbangi pH kulit, bebas pewangi tiruan, pewarna tiruan, alkohol dan minyak mineral.
Formula Triple Whitening terdiri daripada Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C amat membantu menyerikan kulit kusam dan menyekatakan tona kulit. Sementara bahan lembapan terdiri 2 jenis Asid Hyaluronik yang mampu meresap ke dasar kulit untuk mengukuhkan rintangan lembapan sel.
*87% mengakui kulit menjadi semakin cerah dan berseri.
*95% mengakui bintik gelap berkurangan dan kesan jerawat semakin cerah dalam tempoh 14 hari.
*Berdasarkan penyelidikan ke atas 150 wanita Malaysia (23 November 2021 hingga 9 Januari 2022).
Gunakan dua kali sehari selepas membersihkan muka. Sapukan pada tapak tangan dan tepuk perlahan pada kulit sehingga meresap dengan sempurna.
Langkah 3: Gel Air Hada Labo Premium Whitening
Pelembap bertekstur gel ini bukan saja mudah meresap, malah menyegar dan melembutkan kulit tanpa rasa lekit. Ia juga diperkaya dengan formula Triple Brightening, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C untuk menyerlahkan semula kulit kusam, mengatasi bintik gelap dan menyekatakan tona kulit. Kandungan Asid Hyaluronik memberikan lembapan lebih mendalam dan berpanjangan. Ia juga mengandungi ekstrak botani untuk mengawal lebihan sebum serta menghaluskan pori-pori.
Gabungan sempurna pencerahan dan pelembab yang berkesan dalam rangkaian Hada Labo Premium Whitening, tersedia di semua rangkaian farmasi utama!
Jadi, kita masih belum terlewat untuk memulakan regim penjagaan wajah yang tepat untuk menyerlahkan keserian kulit di hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Untuk informasi lanjut, layari website HADA LABO atau Facebook MY Hada Labo.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar