Hiburan

"Lawak Best, Kami Gelak Je Dalam Wayang" - Tya Ariffin Tak Sangka Malaysia Ada Filem Animasi Sehebat BoBoiBoy The Movie 2

Hanafis Haris
27/08/2019
08:42 MYT
Sponsor Banner
"Lawak Best, Kami Gelak Je Dalam Wayang" - Tya Ariffin Tak Sangka Malaysia Ada Filem Animasi Sehebat BoBoiBoy The Movie 2
Pelakon Tya Arifin dan suaminya Asyraf Khalid tidak menyangka filem BoBoiBoy The Movie 2 (BBBM2) begitu sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa.
Hadir pada tayangan peserta musim pertama program Ceria Megastar Ministar 2019 pada Khamis, pasangan tersebut turut membawa anak sulung mereka, Arif Jiwa.
Menurut Tya, tanggapan mereka yang BBBM2 hanya untuk kanak-kanak meleset apabila dia dan suami terhibur dengan lawak ditampilkan dalam filem itu.
"Malah karakter kegemaran saya sendiri adalah Gopal. Memang golongan dewasa boleh layan terutama pada mereka yang meminati kartun atau komik.
"Lawak pun best, kami gelak je dalam wayang," katanya.
Menurut menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini lagi, dia juga tidak menyangka Malaysia mempunyai filem animasi sehebat BBBM2.
"Paling kagum apabila BBBM2 ini turut menampilkan budaya Malaysia. Bagus sebenarnya untuk anak kecil.
"Saya pun bangga dengan Arif kerana dia ada supehero dia sendiri, made in Malaysia." katanya yang memberi 5 bintang penuh untuk filem tersebut.
Sementara itu, Asyraf turut bersetuju dengan pendapat isterinya itu.
Menurutnya, filem BBBM2 juga harus ditonton buat mereka yang telah berkeluarga.
"Tapi kalau bujang pun boleh je layan. Saya bagi 4 bintang daripada lima," katanya.
Bagi anda yang masih belum menyaksikan BBBM2, apa tunggu lagi, serang pawagam anda yang berdekatan!
Untuk rekod, Isnin lalu BBBM2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam. Hebat bukan?
BACA: Terus Membara! 3 Minggu Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM25 Juta
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024