Laman Utama

“Lakonan Azira & Salina Di Babak Akhir Bertaraf Oscar” - Netizen Review Filem Penunggang Agama 2

Azwa Rahman
30/10/2021
07:51 MYT
Sponsor Banner
“Lakonan Azira & Salina Di Babak Akhir Bertaraf Oscar” - Netizen Review Filem Penunggang Agama 2
Filem seram thriller Penunggang Agama 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions kini sudah berada di saluran Astro First bermula 19 Oktober yang lalu.
Menerusi filem sekuel kali ini, maksud Penunggang Agama itu sendiri dirungkaikan dengan lebih mendalam dan sesuai dengan situasi masyarakat kita sekarang.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Aliff Mustafa berkongsi sedikit reviewnya tentang filem Penunggang Agama 2.
Menurutnya, sikap ustaz Amir yang gelap mata melihat ganjaran wang sehingga membuatkan mereka angkuh benar-benar menarik perhatian.
Dia turut memuji mutu lakonan Azira Shafinaz dan Salina Saibi yang sangat menjiwai watak.
“Ada banyak benda bagus yang Syafiq Yusof buat dalam installment kedua Penunggang Agama ni. One of it adalah teguran kepada stigma masyarakat terhadap penganut agama lain.
“Hantu dalam cerita ni takde fungsi, sekadar sergah-sergah manja. Acuan generic adik-beradik Yusof kalau buat cerita hantu.
“Intriguing jadinya bila Ustaz Amir terkena penyakit hati dalam filem ni, tanpa sedar dia jadi apa yang dia pernah musuhi dahulu. Lakonan Zul Arrifin biasa-biasa sahaja, tetapi sampai.
“Tapi lakonan @salinasaibi dan @aziraashafinaz di babak akhir memang Oscar level performance. Merinding bulu roma aku sewaktu mereka berdua exchange dialogue.
“Filem ni menyentuh penyakit dalam masyarakat. Pecah amanah, riak, rasa diri lebih baik daripada orang lain, kesan daripada mungkir janji dan layanan berbeza mengikut status dan pangkat.
“I give it a clean ⅘. Semestinya jauh lebih baik berbanding filem pertama,” ujarnya lagi.
Filem sekuel ini dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin (Amir), Azira Shafinaz (Anna), Tony Eusoff (Father Michael), Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024