Laman Utama

“Lain Kali Panggil Orang Ada Telinga Jaga Vokal” - Datuk Mokhzani Komen Nyanyian Aliff Syukri Yang Sumbang

Shahrin Zulkifle
22/08/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
“Lain Kali Panggil Orang Ada Telinga Jaga Vokal” - Datuk Mokhzani Komen Nyanyian Aliff Syukri Yang Sumbang
Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail mengakui nyanyian usahawan berkontroversi, Datuk Aliff Syukri menerusi lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang bersama penyanyi Baby Shima itu berbunyi sumbang.
Jelas Mokhzani, lontaran suara Baby Shima di dalam lagu tersebut tiada masalah malah menyatakan muzik lagu tersebut mudah di dengari namun bermasalah hanya pada nyanyian Aliff sahaja.
“Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal. Bukan kita tak mahu tolong. Kira baik juga keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.
“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.
“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk Akiff kena berlatih lagi. Okey setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” katanya.
Menurut Mokhzani lagi, tular atau ‘trending’ bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu.
Malah, sebagai seorang pengarah Muzik, Mokzhani sukar menemukan bahagian ‘enak’ dalam nyanyian Aliff.
“Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa.
“Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli,” katanya.
Sementara itu, Mokhzani menjelaskan nyanyian Aliff mempunyai banyak kelemahan serta tidak sepadan dengan lontaran suara Shima yang disifatkan sempurna.
“Padahal boleh perbetulkan lagi, macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.
“Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu agaknya.
“Suara Aliff tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja.Aduh tak tahu nak kata,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan keluarganya selepas menerima keceman teruk apabila memuat naik beberapa rakaman belakang tabir yang mencolok mata bagi klip video lagu Baby Sayang.
Menerusi video permohonan maaf yang dikongsi di Instagram, Aliff disifatkan netizen bahawa permohonan maaf itu bersifat sementara kerana diragui Aliff bakal mengulangi silap yang sama lagi.
Baca: Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka, Tapi Netizen Tak Percaya - “Ala Jalan Cerita Sama Je”
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024