Hiburan

Krisdayanti Tak Sangka Tiket Konsert Romansa 2017 Laris

Rozaimi Zubaidi
23/02/2017
12:28 MYT
Sponsor Banner
Krisdayanti Tak Sangka Tiket Konsert Romansa 2017 Laris
Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti tidak menyangka tiket Konsert Romansa 2017 laris terjual.
Menerusi sebuah kenyataan, tiket Konsert Romansa Krisdayanti 2017 dilaporkan terjual 70 peratus pada saat-saat akhir menjelang acara pada 24, 25 dan 26 Februari ini jam 8 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
"Tanpa disangka-sangka pembelian tiket menunjukkan respons luar biasa dan tiket-tiket yang berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588 juga habis terjual menerusi kaunter Box Office, Istana Budaya dan www.myticket.asia," katanya dalam satu kenyataan.
Pada konsert bermula 24 hingga 26 Februari ini, Krisdayanti buat julung kalinya bakal menggegarkan dunia muzik tanah air apabila bakal beraksi selama tiga malam berturut-turut.
Krisdayanti, 42, berkata persembahan istimewa ini adalah hadiah buat peminat yang merindui persembahannya.
“Bukan hanya lokasinya di Istana Budaya yang berprestij dan menjadi impian saya selama ini, malah konsert ini nanti adalah satu sejarah dalam kerjaya nyanyian saya sendiri kerana buat julung kalinya saya bakal mengadakan persembahan sepanjang tiga malam berturut-turut.
“Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan teramat istimewa khususnya buat peminat muzik saya. Saya juga menjanjikan sebuah persembahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dengan menampilkan kesemua karyawan muzik dari Malaysia sepenuhnya yang bakal bekerjasama dalam konsert ini. Ia begitu tersendiri, magis dan indah buat peminat saya di Malaysia nanti,” katanya.
Konsert Romansa Krisdayanti 2017 yang menampilkan 26 lagu pada setiap malam ini terbahagi kepada lima segmen iaitu Romantis, Keanggunan, Kehebatan, Kekuatan (Rock) dan Tribute (Biduanita Puan Sri Saloma & Datuk Sudirman Arshad) adalah cetusan idea, ilham dan rasa yang lahir daripada Krisdayanti sendiri sempena meraikan 19 tahun kerjaya nyanyiannya di Malaysia sejak lagu Menghitung Hari pada 1998.
Melalui konsert berdurasi dua jam setengah itu, Krisdayanti akan menyampaikan pelbagai genre lagu popularnya seperti Pilihlah Aku, Menghitung Hari, Mencintaimu, I’m Sorry Goodbye, Cobalah Untuk Setia dan Ku Tak Sanggup di bawah pimpinan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.
Selain beraksi solo, keistimewaan Konsert Romansa Krisdayanti 2017 juga menerusi artis-artis undangan popular tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah pada 24 Februari, Ning Baizura (25 Februari) Saleem (25 & 26 Februari) yang bakal berduet bersama Krisdayanti. Malah, penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz juga bakal menceriakan pentas Istana Budaya pada ketiga-tiga malam dengan telatah komedinya.
Para peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Konsert Romansa Krisdayanti 2017 di Istana Budaya nanti masih boleh mendapatkan tiket-tiket di kaunter Box Office Istana Budaya atau di www.myticket.asia
Konsert Romansa Krisdayanti 2017 yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd adalah siri pertama bagi NeoBel Indulgence Series. Ia turut disokong oleh Malaysia Major
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024