Laman Utama

Kreatif Tapi Tetap Tegas, Ini 5 Guru Paling Popular Di Media Sosial

Amri Hassan
16/05/2020
06:14 MYT
Sponsor Banner
Kreatif Tapi Tetap Tegas, Ini 5 Guru Paling Popular Di Media Sosial
Siapa tak pernah kena denda dengan cikgu? Pastinya ilmu yang kita timba saban waktu di bangku sekolah menjadi pengajaran paling bermakna untuk kita apabila dewasa.
Benar kata pepatah guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
Masa silih berganti, tahun 2020 menyaksikan pelbagai inovasi yang dilakukan guru muda untuk memberikan pendidikan secara optimum kepada pelajar.
Ada yang menyebarkan ilmu menggunakan kecanggihan teknologi serta media sosial, ada juga yang masih menggunakan teknik sedia ada.
Berikut Gempak senaraikan bakti guru muda yang mencipta peminat dan mencuri hati ramai tahun ini.
1. MK Izzuddin
Kisah guru bernama Mohd Khairul Izzuddin Shaari yang mengajar di pedalaman ini sangat memberikan inspirasi kepada pelayar Twitter.
Kehidupannya setiap hari keluar rumah dan mengembara ke sekolah di pedalaman ibarat satu garis masa yang unik untuk disaksikan. Guru itu mencuri perhatian netizen baru-baru ini apabila berkongsi luahan hatinya yang kesal dengan sikap murid sekolah yang enggan melakukan kerja rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 2. Fathi Hussein
Senang sungguh apabila melihat guru muda ini mengajar dan memberikan formula Matematik Tambahan di media sosial Instagram mahupun Twitter.
Rasa-rasanya yang bukan murid sekolah pun boleh jadi pandai kalau ikut sama belajar bersamanya.
Sempoi rasanya apabila belajar di luar bilik darjah.
Lebih menarik perhatian apabila setiap videonya terkandung nasihat, pick up line dan pelbagai teguran.
3. Mas Faiz Hakim
Semakin hari semakin kuat tarikan kimia guru muda bertubuh tegap ini!
Ya, guru kimia dan fizik yang kerap berkongsi video di media sosialnya itu semakin mencuri perhatian.
Apatah lagi kebanyakan topik mengenai sebatian dan campuran kimia itu berkait rapat dengan situasi semasa yang berlaku di sekeliling kita.
You must be made of Sodium, right ? Cause all i can see is I and U together. ? . Topik: Mencari Persamaan Kimia Antara Kita Berdua ?? . Dengar kata, PKP fasa 4 ada kelonggaran keluar berdua. Jom ikut saya beli barang nak ? Tapi syaratnya kena jadi orang rumah dulu lah. Ehh. . Khas untuk SEMUA pelajar yg mengambil jurusan Kimia tak kiralah di peringkat SPM atau Universiti, knowing how to write chemical equation is massively important. Kimia bukanlah sekadara satu Subjek. Ia merupakan satu bahasa yang baru. Nak belajar bahasa baru kena selalu bercakap, menulis dan berlatih. Faham cara tulis, you are on your way getting A, InshaAllah. ?? . Diinspirasi oleh sir @amirmaaruf dan @fathihussein , hangpa punya persamaan linear best gila ! Bravoooo. Harapnya boleh lah duet dgn idola sekalian.? . P/S: Best jugak tiktok ni. Jangan follow saya pls. Hambar. ? Student saya jemput share post ni dekat story, kita belajar sama sama nahhh. ? . #kurungajar #MCplus #UniversitiMalaya #staysafe #kitajagakita #tiktokkers
A post shared by Mas Faiz Jr. ?? (@masfaizhakim) on
Dialek utaranya juga menarik perhatian ramai. Such an eye candy!
Sesusah belajar, susah lagi nak mengajar. Well, i miss how chemistry classes used to be with just proton, electron and neutrons. ?Despite of having years of teaching experience, I had to admit this Quantum course is the toughest among all. Tengah mengajar pun boleh lost punya lah susah hahahah time degree tidur manjang dalam kelas, sekarang karma hits back. Jeeemmmm teruiihhh. . Tapi kalau nak abang ajar, boleh ja. Tapi fail jgn koyak sebab benda ni semua dunia. ? . Ignore my excited, tired and pasrah kinda face. Student semua tanya soalan like wait a minute takkan aku ajar 2 jam satu apa pun tak paham siap bersilat lagi depan tu ? One step at a time. As Im looking forward into becoming a great lecturer one day, educating greater future generation. Wish me luck and best of all for you guys too! ???❤️⚡️ . #struggleisreal #roadtoMSc #UniversityMalaya #nerdssssssss #physicalchemistry #QuantumMechanics
A post shared by Mas Faiz Jr. ?? (@masfaizhakim) on
4. Siti Faridah Matt
Siapa kata musim PKP guru-guru lebih ada banyak masa bersantai dan menonton drama Korea?
Cikgu Siti Faridah sebagai contohnya menggunakan pelbagai inovasi misalnya layar hijau untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya menerusi sesi kelas virtual.
Guru yang mengajar subjek Kimia dan Sains itu mencuri perhatian ramai serta membuka ruang kepada pendidik lain untuk terus kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. 5. Sir Uzairi
Sir Uzairi Taib, pemilik akaun Instagram berjumlah lebih 400,000 pengikut antara yang menjadi perhatian umum sejak tahun lepas lagi.
Kemahirannya mengajar Matematik secara interaktif dan menghasilkan bulatan tanpa menggunakan alat bantuan mengajar menjadi permulaan popularitinya di alam maya.
Malah, guru muda itu lazimnya akan mengaitkan isu semasa remaja kini dalam setiap subjeknya.
Percayalah kehidupan guru tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat sekalipun mereka sudah lama bersara.
Panggilan guru tersebut akan kekal sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa bersama.
Setiap ilmu yang dikendong pelajarmu akan menjadi catatan pahala hingga ke syurga.
Hormati guru, sayangi mereka seikhlas hati.
Selamat Hari Guru!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024