Viral

Kotak Menyerupai Kaabah? PUBG Akhirnya Tampil Memohon Maaf

Hanafis Haris
02/04/2019
02:30 MYT
Sponsor Banner
Kotak Menyerupai Kaabah? PUBG Akhirnya Tampil Memohon Maaf
Permainan berkonsepkan 'Battel Royal' PUBG Mobile sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Isu itu tercetus apabila PUBG atau nama sebenarnya 'Player Unknown's Battlegrounds' memperkenalkan rekaan baru bagi 'Birthday Crate' atau kotak ganjaran yang menyerupai Kaabah.
Lebih teruk lagi, kotak terbabit boleh ditembak oleh pemain, sekali gus menimbulkan kemarahan pemain PUBG beragama Islam.
Malah ramai telah menandatangani petisyen supaya PUBG tampil memohon maaf.
Akur dengan kesalahan mereka, PUBG kemudian mengeluarkan permohonan maaf di Twitter dan berjanji akan mengeluarkan rekaan baru bagi 'Birthday Crate' dalam tempoh terdekat.
Malah, seperti yang dijanjikan, kemas kini terkini juga memperlihatkan perubahan objek terbabit. Untuk pengetahuan anda, penghasilan rekaan baru terutama dari segi grafik itu bersempena dengan ulang tahun PUBG yang pertama. Sehingga kini PUBG Mobile telah dimuat turun 200 juta kali dan dimainkan 30 juta pengguna setiap hari.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024