Laman Utama

“Korang Tak Kesian Ke Dengan Frontliner” - Nabila Razali Minta KKM Buka Ruang Komen Twitter Supaya…

Hanafis Haris
06/08/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
“Korang Tak Kesian Ke Dengan Frontliner” - Nabila Razali Minta KKM Buka Ruang Komen Twitter Supaya…

Penyanyi Nabila Razali tampil memberikan beberapa cadangan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengendalikan ruang komen di platform Twitter.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, dia mencadangkan supaya pihak KKM tidak menutup ruangan komen.

“Bella faham asbab KKM menutup ruang komen. Kerana ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

“Tapi kini hampir 2 tahun kita dibelenggu oleh virus COVID-19 ini. Something need to be done.

“Korang tak kesian ke dengan frontliner,” katanya.

Jelasnya, tidak mustahil satu hari nanti kita pun akan dimasukkan ke hospital.

“Kemudian doktor terpaksa membuat pilihan sama ada nak sembuhkan kita atau orang lain. Yes that’s how bad the situation now.

“Bella cadangkan kita gunakan ruangan komen di Facebook, Instagram & Twitter KKM ini dijadikan sebagai ruang untuk kita sama-sama bertukar pendapat & idea bagaimana kita nak mengekang wabak ini.

“Bukan ruang kita nak menyalahkan sesuatu pihak sahaja. Jika masih ada yang komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya apa masalah awak ek?,” katanya.

Tambahnya, dia juga faham kini ramai yang terkesan hingga hilang pekerjaan, kehilangan ahli keluarga, rindu nak balik kampung dan banyak lagi.

“Sabar, InshaAllah semua ni akan berakhir. The world is falling apart guys. Please don’t make it worse.

“So now Bella nak ajak korang semua start bagi komen-komen yangg membina ok.

“Bagi cadangan yang bernas. Kalau kat tempat korang ada kilang & premis yang tak patuh SOP, korang tuliskan juga kat ruangan komen tu.

“Kita bagi pihak yang berkenaan baca! Sekarang masa kita untuk bersatu hati. Tak mahu gaduh-gaduh ok,” katanya.

Bella berkata demikian menerusi satu posting di Twitternya.

Sekadar info, ruang komen Twitter KKM ditutup setelah netizen dikatakan mengecam akaun tersebut gara-gara satu tweet yang dimuat naik oleh kementerian berkenaan sekitar Mei lalu.

Susulan isu berkenaan, ramai yang mengecam tindakan itu dengan menyuarakan bahawa sebagai badan kerajaan, pihak barisan hadapan sepatutnya lebih tahu cara untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pandemik ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024